tiada madah terindah yang dapat menggambarkan perasaanku terhadap kalian.. (^_^)
selamat hari abah my hero!
selamat hari abah my hero!
tiap saat azie menghitung kerinduan terhadap abah…
hinggalah sekarang baru azie tersedar
ia sudah melimpah ruah….
hinggalah sekarang baru azie tersedar
ia sudah melimpah ruah….
kerana abah azie disini
kerana abah azie gembira
kerana abah azie terasa bahagia…
abah oh abah
abah…
semenjak kecil adik dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil adik dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil adik diberi penghargaan umpama seorang permaisuri raja
abah…
ketika adik mengalah…
engkau semangatku
ketika adik sakit…
engkau penawarku
ketika adik bersedih…
engkau airmataku
ketika adik ketawa
engkau riangku
dan ketika abah berduka?
adik harap adiklah penawar duka laramu
Ke hadapan abah yang adik kasihi,
Kasihmu tiada tandingnya.
Sekalipun adik diberi peluang olehNya
Untuk memilih seorang bapa
Dari kalangan berjuta yang lain
abah tetap jua yang akan adik pilih
Kerana abah adalah yang terbaik buat adik.
Ke hadapan abah yang adik sayangi,
Terima kasih untuk semuanya
Terima kasih atas segalanya.
Tanpa jemu abah mendidik adik
Dari sebesar lenganmu dulu
Hinggakan kini adik bergelar dewasa
adik tahu, sepenuh tenaga abah cuba berusaha
Untuk memenuhi setiap kehendak adik
Meski kadangkala ianya memberatkanmu
Tapi abah tak pernah sesekali menghampa adik
Sesungguhnya maafkan adik.
Ke hadapan abah yang adik sanjungi,
abah adalah pahlawan terhebat di hati adik.
Mungkin kasih antara kita tidak terlihat dek mata
Tapi adik mahu abah tahu
Bahawa adik amat memerlukan kehadiran abah di sisi adik
Untuk mengelap setiap titis air mata ini
Di kala ianya gugur membasahi bumi
Untuk menyuluh jalan-jalan di hadapan adik
Di kala dunia ini dirasakan gelap tanpa sebarang sinar
Ke hadapan satu-satunya abah adik,
Selamat Hari Bapa buat en haji Ab samad b haji saberi!
Adik sayang abah selamanya hingga ke syurga.
NOTA TANGAN: en somi belum kesampaian untuk menyambut hari bapa tahun ni.. (^_^)
kte sayang abah kte jugak=D
ReplyDelete