apa yang kita nak dalam hidup ni..
korang pernah tanya tak dalam diri korang??
azie dikurniakan 1 perasaan yang azie sendiri tak taw dari mana perasaan tu datang.. setiap hari azie tanya diri azie, apa yang azie nak dalam hidup azie?
kepuasan? tapi nape azie masih belum rasa puas..
kejayaan? nape azie masih belum berjaya sepenuhnya
kebahagian? hanya bahagia tapi belum layak membahagiakan orang lain
azie meletakkan sedikit matlamat dalam hidup yang mana azie yakin azie mampu untuk melakukannya.. azie cuma meletakkan matlamat untuk BERJAYA DAN MENJAYAKAN, BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN.. itu sahaja! ya! azie dah berjaya dengan apa yang telah azie miliki kini tapi azie masih belum menjayakan sesuatu yang boleh memberi kepuasan yang maksimum kepada semua yang memerlukan.. azie rasa bahagia kini dengan apa adanya azie tapi azie masih belum layak untuk membahagiakan mereka yang pernah membahagiakan.. (^_^)
azie kini usaha, usaha dan usaha untuk matlamat itu..!
'aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan. aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu!! namun aku tidak mahu menjadi luar biasa.. aku hanya inginkan sesuatu yang bermakna dalam hidupku..'
Jangan berpuashati dengan keadaan baik yang ada pada kita sekarang melainkan kita telah berusaha keras untuk menjadikan yang baik itu menjadi lebih baik. Teruskan belajar untuk memperbaiki hidup agar matlamat ini tercapai. Belajar tidak semestinya melalui sekolah formal atau buku-buku mahal. Kita boleh belajar dan terus belajar melalui pengalaman hidup kita sehari-harian atau melalui pengalaman orang lain. Bak kata pepatah, belajarlah daripada kesalahan-kesalahan orang lain kerana anda tidak akan hidup lama untuk melakukan kesalahan-kesalahan itu sendirian.
Kita sebagai manusia perlu sentiasa beringat, hidup ini adalah satu perjalanan dengan setiap yang ada tidak pernah kekal dan apa yang mendatang akan pergi juga akhirnya. Itulah yang dinamakan kehidupan.
Semakin hari, usia kita semakin meningkat dan daripada sebesar tapak tangan, kini mampu mengenal dunia.Daripada membisu daripada berkata-kata, kini petah seribu bahasa, tetapi persoalannya, adakah itu mencukupi?
Sebenarnya, banyak lagi perkara harus kita lakukan. Masih banyak kekosongan di dada yang harus kita isi, justeru sentiasalah mencari peluang dalam memantapkan lagi perjalanan hidup yang masih jauh dan tak pasti bilakah penamatnya. Memang telah dijanjikan oleh Allah, setiap usaha pasti mendapat ganjaran.Lebih gigih kita berusaha, lagi besarlah ganjaran yang bakal kita terima.Yang penting ialah tidak mudah berputus asa. Gunakan kesempatan pada usia muda untuk mengejar kejayaan yang diimpikan. Jadikanlah setiap kegagalan sebagai pengajaran.
Perlu diingatkan, jangan dipersiakan peluang yang ada. Jadilah manusia yang bijak dalam menguruskan masa dan sentiasa mencari peluang menambah ilmu kerana dengan ilmu, seseorang akan dapat menemui kejayaan.
Pandanglah untuk jangka masa panjang. Fikirkan ke mana tujuan kita selepas ini. Seperti serangkap kata-kata yang berbunyi:
“Kejayaan itu bukan destinasi, ia adalah satu perjalanan. Kita perlu gambarkan arah ke mana tujuan perjalanan itu.”
NOTA TANGAN: mood tengah mencari semangat yang hilang..
semoga jmpa smngat yg dicari tu ea.. frst time dgar quote tu.. yupp.. kita xptut puas ati dgn kesederhanaan.. we shud target more and achieve more.. jgn slalu biasakan diri dduk d cmfort zone je.. btul x??
ReplyDeletedidalam mencari kepuasan dan kejayaan jangan lupa ikut landasan yg betul agar kita tidak tersasar. Apapun saya doakan awk menemui kejayaan dan impian yg diingini..Salam persahabatan dan hayatilah sajak khas untuk sahabat di http://friendshipworlds2u.in-malaysia.org/2010/10/sajak-buat-sahabat.html
ReplyDelete