eh jumaat dah ek.. jumaat awal bulan pertengahan tahun.. haih cepat sungguh masa berlalu..! takpo la.. lumrah alam kan.. cuma kita ni je yang kena tambah speed, tambah gear, tambah ram untuk mengejar masa tu.. bukan kita perlu menongkat masa dan mengeluh sana-sini bila apa yang di cita tak dapat nak capai.. dengan alasan, tak cukup masa la, masa terlalu cepat berlalu la, masa ni blaa.. blaa.. dan blaaa... sume tak mengakui kesalahan sendiri.. balik-balik persekitaran sekeliling juga jadi mangsa untuk dipersalahkan.. kan?
eh pepagi ni azie dah membebel tak ingat.. haih! perempuan kan.. =D kalau sehari tak membebel rasa cam gelap je dunia.. tak de variety of life pulak.. rasa sebal dada macam ada sesuatu yang tak dapat diluahkan.. fuh! nasib baik ada rumah maya azie nih.. tak de la si en somi ke, kawan-kawan ke, adik beradik ke yang azie jadikan mangsa untuk dibebel.. hihihi..
harini 1 rejab.. azie dah berangan-angan nak berpuasa sebenarnya.. niat tu ada.. tapi ntah cam ne la pagi tadi terlajak hingga ke pagi.. betul-betul sempat solat subuh di akhir waktu.. huhuhu.. mungkin malam tadi azie penat sangat mengemas bilik, mengemas rumah kot.. almaklumlah lah kan perabot baru sampai.. wiwitttt!!! =D teruja sampai tak tunggu siang nak kemas susun perabot.. akibatnya niat nak berpuasa harini pun terlebur macam tu je.. huhuhu.. rasa cam sedikit menyesal pun ada.. tapi nak wat cam na kan.. terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak makan........ jawab dalam hati taw! hihihi
we're perfect two!
wekend ni pun azie terpaksa postpone percutian azie ngan en somi.. huhuhu.. sebabnya en somi dipertanggungjawabkan untuk menjadi urusetia SUKMA.. adeiiii.. 6 hari lak tu.. lomah oden lomah! mesti masa tu kebelangkasan azie ngan en somi terbatas.. wuwuwuwu.. ni wa tak suka ni.. tapi untuk pujuk diri sendiri.. azie redha je la.. en somi pergi cari nafkah tu.. so redha dan relakan dengan pemergiannya.. pengorbanan itu penting bukan.. mana tahu rezeki pula datang menyinggah.. masyuukkkk!!! (^_^)
so sekarang azie tengah buat penjadualan masa azie waktu wekend ni tanpa ditemani en somi.. tangga teratas adalah bersilat di dapur untuk membuat kek batik tempahan si customer 4 biji.. tangga kedua adalah nak try test mekap yang baru dibeli baru-baru ni.. (^_^) dan seterusnya masih dalam proses pemikiran jangka masa panjang.. (>_<)
NOTA TANGAN: jumaat penuh barakah..
No comments:
Post a Comment