beraya di thailand..:)


sambung ceritera raya azie.. raya lagi kan.. raya sebulan beb.. hihihi.. selagi tak habis sebulan selagi tu mood raya sentiasa menebal dalam diri.. (^_^)

raya kedua azie dah balik kelantan selepas beraya kat rumah azie kat johor yang azie cite kat sini.. ramai yang kata bila raya aidilfitri suasana kat kelantan agak tak meriah berbanding raya aidiladha.. bukan azie cakap taw.. orang-orang kat sekeliling yang cakap cam tu.. :) azie tak boleh komen pape time tu sebab azie tak alaminya lagi.. =p

dari johor ke kelantan mengambil masa lebih kurang 10 jam perjalanan.. memang time tu tersangat la boring dok dalam kete.. tak taw duduk gaya cam ne lagi dah dok dalam kete tu.. nak bersembang pun dah tak taw nak sembang apa.. nak tido sepanjang perjalanan kesian kat en somi lak terpaksa melayan perasaan sorang-sorang nanti.. 

*eleh en somi tu senyum-senyum la tu.. 

ok ya.. azie ngaku.. memang azie terlelap.. tapi bukan tido okai.. terlelap je.. hikhikhik.. nama pun azie kan.. kalau tak tido dalam kenderaan bergerak ni, memang pecah rekod kehidupan la.. pantang masuk kenderaan, time tu la syaiton yang direjam tu nak bertenggek.. mencikk taw! sian en gula-gula hati azie kena drive layan perasaan sorang-sorang.. 

ceh ayat nak suci.. :)

bila sampai je kelantan, azie dah rasa macam ada sedikit perbezaan.. bukan tak meriah seperti yang digembar-gemburkan cume kurang meriah.. :)

*ayat nak jaga hati en somi dan orang-orang kelantan yang lain.. hihihi.. 

kurang meriah yang azie rasakan mayb sebab selepas rye pertama kot bru azie sampai sana.. kalau raya pertama kat sana, mayb meriah juga.. tak gitewww anok beranok kito??? 

even kurang meriah yang azie rasakan tapi azie tetap rasa happy dan bahagia bersama keluarga mentua.. syukur.. yang paling azie rasa best sesangat.. azie dapat pengalaman yang sangat baru.. azie dapat pegi obersi naik perahu..!!! wehooo.. ko hado???

eh over lak.. mesti ramai yang dah pernah pergi kot.. lelagi masyarakat pantai timur yang da biasa keadaan tu.. cuma azie nak riak ni sebab terlalu jakun jumpa perahu, jumpa kete body, jumpa bahasa thai.. hohoho..

azie g sana bukan sebab nk shopping, bukan sebab nk suka-suka, bukan sebab nak jalan-jalan.. tapi azie dan family mentua g sana dengan niat mahu menziarahi keluarga dan sanak-saudara family mentua.. arwah ayah en somi berasal dari sana, jadi memang ramai lagi sanak-saudara mereka yang masih ada pertallian darah.. 

orang kata air dicincang takkan putus.. tak giteww uols? :)
 bersiap sedia utk ke seberang.. :)

maaf la ye.. oden ni cinonet.. jadi heels memang taboley tinggai punyerr.. akibatnye.. maw naik titi da jadi cam itik lak.. hihihi

 posing atas perahu.. konon nak riak ngan orang kampung.. )
 bersama sanak saudara ahli keluarga.. penuh 1 perahu.. :)

 muka bangga.. :) walhal tak sampai 5 minit pun perjalanan menyeberangi sungai.. hihihi
 en somi budget atas kapal titanic..:)

 
 ada gaya bapa mithali.. :)

 tunggu kete body.. pengangkutan utama.. kita kat malaysia macam tunggu teksi.. kalau bangla kat felda macam tunggu lori hantu.. (^_^)
 owh ini rupa kete body.. macam hilux.. tapi kne dok kat belakang.. giler terbakar kulit time ni.. seksa kulit mak yang plastik surgery ni.. huahuahua..

 
 ok rombongan cik kiah sampai menerjah.. :)

ini rumah pertama diterjah.. adik kepada arwah ayah si en somi.. dan rumah-rumah seterusnya tiada gambar.. =)


pengalaman ini, pengalaman yang sungguh berharga.. bukan sebab berseronokbergumbira dapat g obersi dengan tambang rm1 seorang naik perahu.. tapi apa yang lebih bermakna adalah talian kekeluargaan yang sangat akrab.. 

even azie sememangnya tak paham langsung dan hanya akan gelak bila mereka gelak, senyum bila mereka senyum dengan apa yang disembangkan, diborakkan dan dituturkan tapi ianya bukan penghalang untuk azie bersama dalam keluarga mereka.. (^_^)

inilah orang kata.. jauh perjalanan, luas pemandangn.. (^_^) moral of the story, cari la jodoh dengan orang jauh.. hikhikhik.. 



NOTA TANGAN:  bersyukur kerana sentiasa disayangi.. :)



No comments:

Post a Comment