happy! happy! happy!.. Tuhan sentiasa mendengar rintihanku..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya, azie diberi sedikit nikmat rezeki yang sangat berharga pada hari ini.. terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat serta pengalaman yang sangat bernilai untuk azie dalam melakukan seluruh tanggungjwab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya.. segala jasa baik mereka, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.. (^_^)

cewah..!!!
kata-kata aluan macam orang menerima pingat kebesaran nak dapat dato' pulak kan.. hihihi.. tapi serius sememangnya harini azie sangat-sangat happy.. ni bukan happy sesaja taw.. ni happy yang teramat happy! hihihi.. apa lagi happy kalau bukan sebab ada improvement terhadap kerjaya kita yang selama ini diperjuangkan.. selama 8 jam sehari, 5 hari seminggu, 26 hari sebulan memerah keringat, memerah idea.. finally segala daya usaha itu telah dihargai oleh tuan punya tanah.. alhamdulillah.. (^_^)

hampir lebih kurang 2 tahun azie berkhidmat di sini, apa yang azie rasakan, azie sangat selesa dan kena dengan jiwa azie.. bukan sekali, 2 kali mahupun 3 kali azie berasa sangat happy, sangat selesa dan sangat bahagia di sini, cuma kali ini azie rasa kehappyan ini sangat bermakna.. =))

entah la.. mungkin sebab segala rezeki yang telah dikurniakan ini, diatur dengan cukup sempurna olehNYA..dan apa yang boleh azie katakan, azie sangat-sangat bersyukur dengan mereka yang sentiasa berada di sisi ini.. kurniaan ini tidak ternilai oleh apa jua melainkan kebahagian yang hakiki..

segala kegembiraan ini bukan destinasi kerjaya azie sebenarnya tapi ini adalah sebuah permulaan untuk azie lebih gigih membantu mereka yang telah menghiasi separuh dari kebahagian azie.. insyaAllah amanah dan tanggungjawab ini azie akan jaga sebaik mungkin..   
  
moga perjalanan ini dan masa akan datang terus berjalan dengan senyuman.. :)




NOTA TANGAN: sentiasa mengamalkan doa dipermudahkan segala urusan.. (^_^) 






1 comment:

  1. setuju dengan entry ni..kalau kita selalu meminta pertolongan dari Allah, insya Allah Dia akan tolong :)

    ReplyDelete