kenapa azie kawen awal??

tersebut al kisah.. 

pada suatu hari, azie ada menerima friend requested dari seseorang yang bergelar makcik.. makcik ni sangat baik.. terlalu baik pada permulaan persahabatan.. azie bersyukur dipertemukan dengan seorang makcik yang boleh dianggap seperti makcik sendiri..  :) ya azie seorang yang mudah mesra dengan mereka-mereka yang sudi berkawan..

sejak detik persahabatan itu, perhubungan kami sesangat la akrab sebagai rakan maya.. bak kata orang, azie dah anggap dia seperti makcik sendiri, darah daging sendiri.. macam tu sekali azie percaya dan menerima dia dalam hidup azie.. prinsip azie mudah dan senang lagi kacang.. selagi orang berbuat baik dengan kita, selagi tu juga azie akan berbuat baik.. (^_^)

tapi semakin akrab semakin azie rasa ada sesuatu tak kena dalam hidup azie bila si makcik ni seolah-olah mahu mengongkong atau dalam bahasa sopannya "terlalu mengambil berat" sehingga azie rasakan mana pergi privacy azie.. setiap detik dan masa azie perlu bersembang, bersms, berchatting dengan dia.. jika lambat sedikit balas sms, makcik akan kol.. klu lambat reply chat makcik akan kol.. sehingga masa untuk suami sedikit terabai.. maaf en somiku.. (^_^)

then si makcik ni akan merequest friend kengkawan azie.. maksudnya, semua kawan-kawan baik azie yang pernah komen gambar atau status azie, si makcik ni akan add mereka.. sehingga ada beberapa orang kawan azie yang bertanyakan kenapa makcik tersebut mengadd mereka.. kalau nk kata kenal, memang tak kenal langsung! ada juga yang bertanya sejauh mana azie kenal dengan makcik tu sehingga makcik tu siap tanya macam-macam kat kawan azie tentang azie.. tapi azie ok je lagi selagi segalanya masih terkawal.. mayb cara macam tu si makcik ni nak mengeratkan silaturrahim sesama kita.. :)

tapi sekarang azie dah rasa kurang selesa sebab makcik ni selalu bertanyakan soalan yang azie rasakan terlalu sukar azie nak terangkan pada mereka yang sangat tidak paham.. soalannya sangat enteng tapi ia cukup membuat hazie sentap ulu hati patplohlapan kali.. huhuhu

"kenapa azie kawen awal??"

dan banyak sangat soalan dan perkataan-perkataan yang membuatkan azie tak selesa.. sangat tak selesa..!! sepatutnya, sebagai seorang yang telah berumur dan hampir sebaya dengan mak dan abah azie, dia perlu tunjuk azie dan beri nasihat yang sangat berguna kepada azie.. bukan mengeluarkan kata-kata seperti, 
"azie, biasanya lelaki kelantan lebih ramai berkahwin lebih dari satu"

" nape azie mesti balik kje nak tunggu suami, bukan ke azie boleh balik sendiri.. kerja asyik nak berkepit je"

"suami baik nak amik kesempatan la tu"
dan, 
dan, 
dan.....

banyak sangat, terlalu banyak lagi perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang makcik..

lebih tak selesa apabila makcik ni seorang yang kuat merajuk.. hahaha.. azie cakap macam ni seolah-olah macam menipu kan? tapi tu la hakikat yang sangat perlu azie hadapi.. hohoho.. sangat anoyying!!

nak bercerita dengan lebih details sepanjang tempoh perkenalan kami yang singkat ini, azie rasakan 10, 000 patah perkataan pun tak kan cukup.. tapi cukup la sekadar apa yang azie nak sampaikan, sepatutnya mereka yang digelar makcik ni boleh tunjuk ajarkan sesuatu yang berguna dan berfaedah pada manusia mentah hingusan yang baru mahu mengenal kehidupan  ni.. 



NOTA TANGAN: azie mungkin nampak macam poyo, tapi azie ada otak untuk azie menilai baik n buruk.. :)



2 comments:

  1. sgt pelik la ada insan cm ni..takut jeh !

    ReplyDelete
  2. betul finaz.. azie gak 1st time jumpa ni.. yg xthn tu penat la nk lyn.. hihihi

    ReplyDelete