wekend penutup open house raya 2011..

raya lagi!!!! 

mesti korang wekend kali ni kembung-kembung perut makan terlalu banyak kan.. yang berdiet tu memang konfem musnah azam berdiet.. haih! azie ni cakap orang pulak.. actually azie n en somi yang cam tu.. banyak sangat undangan open house wekend ni.. almaklum la kan wekend last syawal.. so berebut-rebut la kawan-kawan amik peluang seciput ni untuk menjamu kawan-kawan yang lain.. (^_^) tak pe.. raya kan sekali je setahun.. so bagus untuk mengerat silaturrahim time ni.. 

sebenarnya bagus aktiviti cam ni.. orang kata, yang jauh dirapat-rapatkan, yang dekat dierat-eratkan.. thats why la azie memang sangat suka bersosial dengan cara cam ni.. even 1 hari ada 5 undangan open house pun, azie akan sedaya upaya menghadiri kesemua undangan tersebut.. (^_^) tapi kalau azie ada hal yang tak dapat nak dielakkan pada hari undangan tersebut, kadang-kadang kesemua undangan terpaksa ditolak.. tapi bukan niat sengaja tak maw datang.. tapi terpaksa mengutamakan yang lebih utama.. 

wekend ni opis azie pun sama amik peluang untuk buat rumah terbuka dan majlis kesyukuran atas kemenangan besar syarikat dalam anugerah pilihan pembaca popular.. (^_^) pulak tu kawan-kawan opis en somi buat open house serentak.. weeehoooo...

oleh kerana terlalu banyak undangan, kita mestilah bijak mengatur space perut.. hehehe.. jangan pulak rumah yang pertama kita makan terlalu banyak sebab rambang mata rasa semua hidangan nampak sedap, rumah kedua gak cam tu.. tapi bila da sampai rumah ketiga dan keempat dan seterusnya, kita langsung tak menjamah apa-apa hidangan sebab terlalu kenyang.. kesian kat tuan rumah la kan.. dari elok-elok niat kita baik menerima undangan untuk mengeratkan silaturrahim silap-silap nanti persepsi yang tak baik tuan rumah pulak pada kita.. so sedang-sedang aja dong! =))




  

 

ok baju yang merah hari sabtu, baju kaler oren hari ahad.. (^_^) so selesai aktiviti berfaedah untuk wekend ni.. dan kemungkinan ini adalah last open house untuk raya aidilfitri tahun ni.. so dikesempatan ini, azie mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.. insyaAllah panjang umur dan diizinkan Tuhan, dapatlah kita bersama lagi beraya tahun hadapan.. =)) 

buat kawan-kawan yang tidak sempat bersua muka, harap-harap ada kelapangan kita berjumpa juga even bukan hari raya kan.. kan.. kan.. terima kasih kepada semua sahabat yang mengundang azie dan somi ke majlis rumah terbuka korang.. moga silaturrahim yang terjalin ini makin akrab.. (^_^)



NOTA TANGAN: tahun ni azie tak berkesempatan nak buat open house.. kini sedang sibuk dengan deko-deko lagi.. (^_^)




1 comment: