bajet 2012.. suka atau duka???



sana, sini, situ, sinun dan seluruh warga Malaysia ceruk pelusok sekarang semua sedang membincangkan tentang bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh PM semalam.. 

ada yang melonjak kegirangan, ada yang menari keseronokan, ada yang bersorak kegembiraan.. dan tak ketinggalan juga ada rakyat yang jauh hati, sakit hati dan pedih hati.. macam-macam ragam dan macam-macam ideologi yang boleh kita perhatikan.. tengok kat fb pun da bermacam-macam pendapat orang kemukakan.. begitu dan begini..

pendapat azie??

ehem..ehem.. 
azie sebenarnya malas nak komen hal-hal macam ni.. sebab bagi azie, azie bukan orang politik dan bukan juga rakyat fanatik.. azie sedang-sedang aja..  bab bajet-bajet ni kebiasaanya kurang ada kene mengena dengan pekerja sektor swasta macam azie ni.. nak kata happy tak gak sebab tiada apa yang menguntungkan pun apabila bajet dibentangkan.. tapi sedikit happy sebab keluarga azie ramai yang menjawat jawatan kerajaan.. tumpang kegembiraan je bila tengok mereka happy.. (^_^)

 kesimpulan tentang bajet 2012.. pekerja sektor kerajaan boleh horey-horey.. banyak yang menguntungkan.. banyak yang membantu dalam kehidupan yang semakin meruncing ni.. =)

ayat azie macam jeles ek?? tak de la.. azie tak jeles pun dengan orang kerajaan ni.. cuma nak cakap mereka beruntung je sebab selalu dibantu dan didahulukan.. tapi sebetulnya, kerja swasta ke, kerja kerajaan ke.. kedua-duanya ada kekuatan masing-masing.. 

macam azie yang kerja swasta ni.. walaupun namanya kerja swasta tapi alhamdulillah syarikat azie bekerja sangat mementingkan kebajikan pekerja.. macam bonus, cola dan elaun yang orang kerajaan dapat tu, kami yang bekerja di bawah syarikat swasta ni pun dapat juga.. azie tak taw la syarikat swasta yang lain.. tapi syarikat azie bekerja menyediakan kemudahan semua tu..(^_^) tentang kenaikan gaji juga begitu.. sektor swasta menerima kenaikan gaji dinilai atas prestasi kerja juga ehsan si empunya syarikat.. 

bukan niat azie mahu membandingkan atau membezakan semua itu.. sekarang pokok pangkalnya semua apa yang kita dapat adalah rezeki dari Allah.. apa yang diberi itu, itulah rezeki kita sekarang. Untuk masa depan, kita usaha lain. Kalau ada , itulah nama rezeki.. kalau tak de, teruskan usaha. (^_^) jangan terlalu mengharap, jangan terlalu memprostes.. usaha itu yang lebih penting.. 

selamat maju jaya warga malaysia..!!!


 
 NOTA TANGAN: bersyukur dengan rezeki yang telah ditentukan..

No comments:

Post a Comment