testimoni azie tentang tudung itu.. :)


lama gak rasanya azie tak mengupdate cite hal-hal berkaitan impian dan bisnes azie kan.. jangan fikir bukan-bukan ya.. tak semestinya azie dah lama tak update hal butik maya azie tu bermakna butik tu dah berkubur.. owh no! selagi masih ada rezeki dan minat yang mendalam dalam diri ni tentang bisnesserta permintaan yang tinggi, azie tetap akan perjuangkan butik maya azie tu.. (^_^)

macam yang pernah azie kata sebelum ni la kan.. kekangan masa dan masalah teknikal si laptop azie tu yang membuatkan azie agak slow di alam maya.. tambahan pula azie SANGAT-SANGAT sibuk dengan urusan mendiami baiti jannati yang lebih sempurna.. sibuk dan penat tu, hanya Tuhan sahaja yang tahu.. 

kalau tak, setiap saat setiap detik korang tengok azie online, update itu ini kan.. :) azie minta maaf kepada kawan-kawan dan pelanggan yang sering bertanyakan hal itu.. terima kasih yang tidak terhingga kerana masih mengingati azie.. ingat tudung ingat azie, ingat bisnes ingat azie.. :) syukur masih ramai yang prihatin..

dan sekarang dengan semangat waja yang tinggi untuk memuaskan hati ramai pelanggan, azie perkenalkan tudung yang sangat-sangat terbaru di pasaran! testimoni ada pada azie.. tudung ni azie memang sangat-sangat suka pakai.. ia simple dan sangat moden serta mudah dipakai.. actually dulu tudung ni ada diperkenalkan oleh butik terkenal, ariani.. tapi harganya agak sangat mahal sebab kualiti kain yang diimport dari luar negara..

tapi kini azie perkenalkan tudung ni hampir setanding kualitinya dengan harga yang sangat-sangat berpatutan dan mampu milik oleh semua golongan.. :)

SET SYIRIA CHIFFON 
(custom made)
 
OUTER bermaterialkan kain chiffon yang lembut
agak jarang sedikit
kerinting di sisi kain

INNER pelbagai jenis dan sangat cantik
bermaterialkan kain cotton yang lembut dan sangat selesa dipakai

HARGA YANG AMAT BERPATUTAN!!
HANYA CUMA RM40 JE PER SET

OUTER sahaja: RM35
INNER sahaja: RM10

*TIDAK TERMASUK POSTAGE





 amacam? cantik tak? sangat-sangat cantik kan.. ni baru pandangan mata cantik, korang belum rasa memakainya.. bila pakai... pergh memang best giler! wa cakap sama lu.. :) sangat selesa sebab ia simple dan yang paling best sangat mudah dipakai.. sesuai nak g opis, dating dan kenduri serta majlis-majlis keramian.. (^_^)

so apa tunggu lagi?? grab sekarang sebelum korang berputih mata kerana stok amat-amat terhad! dan rasanya memang tiada di mana-mana butik lain set tudung syria chiffon ni sebab ia telah di matching dengan inner yang sangat gojes hasil idea dari azie sendiri.. :)


contoh pemakaian tudung syria chiffon.. nak g dating nih.. :)




 NOTA TANGAN: sharing is caring.. :)















1 comment: