AFC di karnival Raudhah tv9



Assalamualaikum.. 

Curi-curi masa nak jugak buat entry ni.. heee.. Al maklumlah keterujaan, kehappyan dan kegembiraan apabila AZIE FAZIEDA COLLECTION melangkah setapak lagi dalam melebarkan sayang dalam industri perniagaan ini.. Alhamdulillah.. 

AZIE FAZIEDA COLLECTION dapat offer daripada tv9 untuk slot DIY styling hijab untuk booth lin nisa' di karnival Raudhah di Lembah Sireh Kota Bharu Kelantan.

Pengalaman baru yang dapat azie kecapi.. Azie actually ada penyakit darah gemuruh bercakap depan audience.. lagi-lagi kena buat sesuatu atas stage.. mak aihh rasa nak tercabut jantung, nak terkucil, tebal muka sume ada kot.. hahaha.. poyo tak? ngee.. ya azie tahu itu kelemahan azie.. :(

tapi azie terima offer dengan berlapang dada sebab nak keluar dari kepompong penyakit gemuruh azie tu..sebab azie tahu itu kelemahan la, azie terima offer tu untuk bertukar kelemahan menjadi kekuatan.. atas sokongan en somi yang sentiasa yakinkan azie yang azie pasti boleh melakukannya, menjadikan azie sangat kuat.. dan yang paling penting, apabila memikirkan masa depan AZIE FAZIEDA COLLECTION membuatkan azie lebih semangat untuk mencuba.. :)

Tapi-tapi untuk 15 minit yang pertama je azie neves.. bila dah ada atas stage, rasa macam waaa event ni aku yang punya! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Untuk the 2nd day, azie lebih bersemangat, berkobar-kobar dan lebih konfiden sampai penganjur sediakan mike kat telinga sebab tak berhenti bercakap dengan tips2 pemilihan tudung juga ikatan-ikatan tudung yang digayakan.. hahaha.. hoverrr taw mak!

Dan yang pasti, darah gemuruh tu bertukar menjadi konfiden dan seronok.. Bila konfiden dan hapy, hasilnya sangat awesome.. Alhamdulillah.. itu yang kita mahukan.. Azie berharap semua yang terlibat samada, pihak penganjur, model, audience dan diri azie sendiri berpuas hati dengan apa yang telah azie laksanakan.. Moga ianya bermanfaat buat semua.. InshaAllah

Jom layankan gambar-gambar semasa event tersebut.. Gambar terlampau banyak.. heee.. moga tidak jemu tengok ^_^


Booth lin nisa'.. Muslimah only


 Ramai juga yang hadir.. full house :)

 Day 1st, Jumaat 25hb Okt 2013


  Day 2nd, Sabtu 26hb Okt 2013



Event ini dihoskan oleh Ameera Zaini.. model dan duta produk tudung Al-Humaira serta pengacara program Hijabstailista dan Safiyya di TV9




NOTA TANGAN : Moga AZIE FAZIEDA COLLECTION terus melangkah maju.. Amin






No comments:

Post a Comment