1st video tutorial pemakaian hijab by AFC



Azie sebenarnya dah lama memasang impian untuk membuat tutorial hijab melalui video.. tapi asyik tangguh, tangguh dan tangguh sahaja.. heee.. permintaan daripada customer dan kawan-kawan pun ramai yang nak video tutorial cara pemakaian hijab.. tapi azie ni ada satu sifat yang pelik dan buruk la jugak.. hahaha.. AZIE SUSAH NAK MULAKAN SESUATU YANG BARU. Nak stat sesuatu yang baru tu yaaa ampunn susah la sangat.. alasannya, tak tahu nak stat dari mana la, tak konfiden la, tak semangat la, takut tak jadi la.. haih macam-macam.. 

tapi alhamdulillah.. Allah itu maha adil kan.. apabila dia beri kekurangan, Dia akan beri dengan kelebihan.. kelebihan azie adalah azie suka cabar diri azie untuk memulakan sesuatu.. see? fair kan? setiap hari bangun tidur pasti ada idea nak buat itu ini.. nak cabar diri buat sesuatu yang baru.. nak cipta pelbagai dan sebanyak mungkin moment n experience dalam hidup.. tapiii bila nak buat tu mikir 10x sehinggalah azie punya kekuatan untuk bertindak.. :)

DAN, kebiasaannya azie akan berjaya jugak buat sesuatu yang baru tapi agak lambat atau tak jadi.. hahaha.. benda try n error kan.. pasti di awalnya ada kekurangan dan kelemahan.. setengah orang, 1st time buat tak jadi mereka akan down.. BUT NOT ME! positif! positif! positif! sebab tu nak stat sesuatu kena fikir 10x sebab nak timbal balik pro n kontra tentang tindakan kita.. Bila tak jadi untuk pertama kali buat tu, takdelah down sangat kan.. tak de lah orang kata frust menonggeng.. even kadang-kadang ada juga rasa tu sebab nama pun manusia kan.. cuma bezanya macam mana kita nak handle rasa kekecewaan itu.. ^_^ bab mikir 10x tu supaya azie BERSEDIA menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku atas tindakan kita.. yang pasti jika tiada perkara buruk pun akan berlaku.. mungkin nak jaga hati sendiri daripada sifat down dan putus asa.. dalam hidup, nak jaga fikiran dan hati tu la yang PALING susah!

tiap kali sesuatu perkara yang pertama kali tu kurang sempurna, azie akan menjadi semangat yang membuak-buak untuk memperbaiki dari masa ke semasa.. belajar dari pengalaman pertama.. sumpah itu azie! sebab azie kan susah untuk mulakan sesuatu yang baru, jadi bila dah stat tu azie akan buat sampai la berjaya dan puas ati.. bak orang kata menceluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ^_^ tapi untuk kali ke2, kali ke3, atau seterusnya la yang akan puas ati.. yang pertama buat tu, bersyukur je la kan sebab da berjaya melawan sifat "susah nak mulakan sesuatu yang baru" heee.. 

Dan jika kita terdiri di kalangan mereka yang ada perkataan TAKUT dalam hidup, jangan sesekali menceburi bidang bisnes okei! sebab dalam bisnes perkataan sakit, pedih, perit dan sewaktu dengannya adalah seperti makanan harian je.. itu WAJIB anda lalui sebagai seorang bisnesman/women.. *eh dah terlari daripada tajuk pulak.. ngee

Buat pertama kalinya, azie dan team AZIE FAZIEDA COLLECTION menghasilkan video tutorial cara pemakaian shawls latest yang sangat cantik.. simple tapi sangat awesome dan yang pasti permintaan shawls ini sangat luar biasa! Demi permintaan yang tinggi terhadap video tutorial dan rasa tanggungjawab untuk customer melihat cara pemakaian shawls secara imej bergerak, azie tampil dengan video ini buat pertama kalinya.. 

YESS! kekurangan dan kelemahan itu pasti ada.. pertama kali kan.. heee.. tapi tapi tapi azie yakin dan sangat pasti video ini sangat-sangat berharga  sebab ia boleh membantu customer dalam penggayaan SHAWLS KERAWANG dengan lebih jelas dan nyata.. Tiada lagi masalah customer untuk tidak tampil dengan penampilan yang awesome! ♥ dan janji azie untuk semua, khasnya my customer tersayang, InshaAllah azie akan sentiasa do better than this untuk next video tutorial hokei! nantikannn!

Sebelum tengok yang perfect dan better (InshaAllah), korang tengok dulu yang 1st ni ye.. kalau nak komen pun sangat-sangat dialu-alukan.. PM me atau wassap je hokei! ^_^ kalau nak try dan dapatkan shawls kerawang ni, jangan malu, jangan segan.. mai je singgah my butik online www.aziefazieda.com.my

 

 

 klik di sini ye





NOTA TANGAN :  Seronok, bersyukur dan gembira tengok hasil usaha sendiri apabila ia dapat memenuhi permintaan dan membantu orang lain





 

1 comment: