Macam mana nak masuk majalah?



Azie baru lepas diinterview oleh sebuah majalah tentang penggunaan mekap.. Alhamdulillah untuk isu Feb 2014.. Nanti azie kongsikan di sini ye.. Bila bercerita tentang masuk masuk majalah ni azie teringat saat dan permulaan azie menceburi bidang ini.. azie tak pasti samada azie pernah bercerita tentang kisah ini atau tidak, pernah berkongsi bagaimana mula-mula azie mula menceburi bidang 'masuk majalah' ini atau belum.. tapi jika cerita ini repeat, maybe penceritaannya tiada beza sebab orang yang menaipnya masih sama.. hihihi

Azie mula-mula masuk majalah pada tahun 2007 semasa azie sedang praktikal di industri penerbitan buku. azie diperkenalkan oleh staf di sini dengan seorang wartawan majalah dan azie dioffer oleh wartawan tersebut dijadikan model kolum make over rambut untuk majalah Rapi.. *masa tu azie agak jahil sebab masih berhijab on off.. azie terima tawaran tersebut dengan keterujaan yang amat sangat.. yela beb.. masuk majalah tu.. weehooo.. femes mak kat kampung.. ngeee.. tipu la kalau korang diberi peluang macam ni then korang tolak saja2 kennn? heee

so dengan bangga dan happynya azie meneruskan shooting.. jumpa wartawan, jumpa make up artist, jumpa hair stylist dan yang paling best jumpa artis tuu.. 1 studio dengan syamsul yusof! wah masa tu rasa retisss sangat.. heee.. seronok + teruja.. budak hingusan yang baru nak kenal dunia kan masa tu..  memang pengalaman yang sangat tidak dilupakan..

dan sejak detik itu dan itu, bermula la kerjaya azie sebagai model majalah sambilan.. even kadang-kadang azie kat penang pun, bila dapat offer azie akan pergi jugak ke shah alam untuk shooting.. turun naik bas uols! tak mahu lepaskan peluang yang ada.. dari satu kolum ke kolum lain.. dari satu majalah, ke majalah lain.. tapiii azie tak boleh kongsikan gambar-gambar itu di sini.. kebanyakan gambar keterbukaan auratnye.. huhuhu.. sorryyy.. siapa yang berkawan dengan azie masa kat usm, dan ikuti perkembangan azie mesti pernah nampak gambar2 tu dulu..

ini di antaranya.. majalah dara.com 2008


siapa yang percaya, seorang perempuan bernama azie yang hanya ketinggian 148cm boleh jadi model? muka pun ala-ala anak kampung, anak felda je.. ngeee.. tapi bila disebut rezeki, berani tak korang menafikan? tak kan? azie pun sama! kadang-kadang azie sendiri tak percaya.. tapi rezeki bukan saya yang tentukan, bukan anda yang tentukan.. bukan mak pak yang tentukan.. bukan cikgu yang tentukan.. Dia yang maha kuasa tentukan.. Dia beri azie rezeki untuk merasai pengalaman tersebut.. alhamdulillah..  sape boleh beli pengalaman, angkat tangan? ^_^

azie pernah diperlekeh.. pernah dipersenda.. pernah di katakan tak sedar diri sebab memasuki bidang ini.. serius! ini bukan omongan kosong.. depan muka inilah disembur dengan perkataan "ko ingat ko cantik sangat nak jadi model? bersepah orang boleh jadi model cikai macam tu.. nak masuk majalah petik jari je boleh. " ngeee.. hati siapa tak terguris bila mendapat herdikan seperti itu? perasaan mana yang tak hancur bila dihina seperti itu? yes! luluh hati tapi tapi tapi itulah cabarannya.. nama pun dunia, nama pun manusia! ^_^

Dan hari ini, jika azie ambil peduli dengan kata-kata negatif orang, mungkin azie tak berada di tempat azie sekarang! azie ambil semua pahit manis pengalaman lalu untuk azie jadikan sebagai pengajaran yang sangat berguna untuk azie belajar menggapai impian hidup.. azie jadikan setiap tohmahan, setiap herdikan, setiap hinaan sebagai titik tolak permulaan kejayaan azie.. lagi anda atau dia bercerita buruk tentang azie, lagi azie akan naik 1 tangga mencapai kejayaan! sebab Allah akan bantu mereka yang teraniaya.. InshaAllah.. azie dah tengok terlalu banyak pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain dan azie sangat yakin tu.. ^_^ so azie tak takut pape dengan rejection mahupun kebencian orang sebab azie tahu akan impaknya.. i love haters!

 selepas azie tamat pengajian di usm, azie terus bekerja di syarikat penerbitan.. then apabila bekerja, masa dan ruang sangat-sangat-sangat tidak sama dengan masa belajar.. azie terima banyak tawaran untuk masuk majalah, tapi azie tolak hampir kesemuanya sebab azie tak punya masa terluang.. masa shooting kebiasaannya hari bekerja.. then bertembung dengan masa bekerja azie.. masa tu azie redha, azie terima hakikat bahawa ini bukan masa saya untuk main-main masuk majalah dah.. its time for working and masa depan.. dah ada tanggungjawab.. jadi pengorbanan itu wajib ada untuk kita berjaya dalam sesuatu bidang.. ye dok?

tapi sekali lagi azie tak dapat melawan takdir juga rezeki juga kepentingan masuk majalah.. apabila azie buat part time as a bisneswomen, bagi azie masuk majalah adalah sesuatu effort dan marketing yang rare! azie bertuah kerana azie sentiasa ada connection dengan wartawan-wartawan magazine.. kami seperti sahabat baik di mana boleh bersembang dan minta tolong.. apabila sahabat-sahabat azie di bahagian magazine tahu akan perniagaan azie, mereka sendiri offer azie untuk mengulangi pengalaman masuk magazine.. tapi kali ini bukan untuk minat, bukan untuk diri sendiri.. tapi untuk perniagaan yang azie jalankan.. azie cakap why not kita mencuba? 
mengalah sebelum berjuang ibarat mati sebelum ajal!

dan apabila azie dah termula masuk majalah, tawaran pastinya sentiasa ada.. bak orang bisnes kata.. word of mouth marketing.. dari mulut ke mulut.. dari sorang wartawan ke wartawan lain.. dari majalah ke majalah lain.. dari pesaing ke pesaing lain.. dan subhanallah.. sungguh terharu, perniagaan yang dijalankan mendapat impak yang sangat luar biasa! syukur! baru terfikir selama ini.. ruginya bagi mereka yang mengherdik, menghina, mengutuk dan mengumpat itu.. daripada ekau membuat kerja tak berfaedah, apo kato ekau buktikan dulu macam mana nok masuk majalah buat marketing bisnes tanpa kuarkan duit 1 sen.. kalau sekali pun ekau tak pernah masuk majalah, jangan nak menghina orang.. jangan nok kato itu mudah, ini mudah yo.. tak yah banyak mengdengki kek orang lain.. ngeee.. orang lain jauh dah pergi meninggalkan ekau yang masih di situ dengan labu-labu yang tak siap.. hihihi

Terlalu ramai yang bertanya kat azie macam mana azie boleh masuk majalah? jawapannya adalah seperti di atas.. azie tak tahu macam mana nak kasi tips selalu masuk majalah.. tapi apa yang boleh azie cakapkan, luaskan networking anda terlebih dahulu ye kawan-kawan.. sekarang bina networking sangat-sangat mudah! semudah dihujung jari anda sahaja! jangan lepaskan peluang yang ada ^_^ serius!

Tapi if u willing untuk keluarkan 4 5k untuk 1 page, yes memang mudah dan sangat dialu-alukan bagi pihak penerbit majalah.. harini apply, next month da boleh publish.. then setahu azie mereka ada kontrak if nak iklan berbayar dalam majalah.. contoh korang amik 1 page then kontrak 6 bulan.. so kalau 1 page 4k darab dengan 6 bulan.. so korang kira la sendiri ek.. kebiasaannya iklan-iklan berbayar ni dipenuhi oleh bisnes-bisnes yang da strong.. bagi bisnes azie yang sedang proses bertunas ni, dapat offer yang free je dah sangat-sangat-sangat bersyukur. orang offer kita, bukan kita yang cari orang nak masuk majalah.. best tak? ^_^



 


 




 sebahagian koleksi.. 
ada banyak lagi koleksi-koleksi lain DI SINI ye







NOTA TANGAN : Baru baca kisah hidup jep sepahtu sebelum dia berjaya.. konfem, sure dan sangat pasti setiap orang yang berjaya pasti ada kisah hidupnya sendiri










3 comments:

  1. salam kak azie.. kte trngn cgt nk jadik mcm kak azie.. besnyee.. heee.. tpi mcm ssh bngat dehh..

    ReplyDelete
  2. Hi kak azie..
    I'm very interested to be a model tapi i tidak berpeluang.i dont know where should i start.i hope kak azie bole share how to become a model and person yang i bole refer.this is my email darkvessels@gmail.com

    thank you =)

    ReplyDelete
  3. salam wow bestnya baca kisah k azie. Really motivated ! Seriously,nak sangat terlibat dalam dunia modelling and tak tahu nak start dari mana. Teringin sangat nak jadi macam k azie. Act, this is my dream tehe and I really want it so bad. Hope k Azie boleh share tips and how nak start.If k azie free, K azie boleh email di shazlienelyn@yahoo.com . Thanks k azie ! May Allah bless you pretty :)

    ReplyDelete