Semoga kita selalu beringat.. ^_^


Jadilah peniaga yang jujur & amanah. Berniaga mengikut sunnah Nabi Muhammad saw & kerana lillahi Taala.. Insya Allah berpanjangan rezekinya.
Kenalah meletakkan harga yang berpatutan bukan menekan harga.

Rasulullah saw adalah seorang usahawan yang berjaya. Begitu juga isteri baginda, seorang usahawan jutawan dan mengorbankan harta kemewahannya demi lillahi Taala. Sahabat - sahabat Rasulullah saw juga bukan sembarangan insan. Mereka adalah kalangan pedagang/peniaga/usahawan jutawan yang berkorban demi memperjuangkan jalan kebenaran.

Memang menjadi usahawan itu bukan suatu yang mudah tapi manisnya tetap ada. Apatah lagi kita berusaha bersungguh - sungguh & berserah kepadaNya.

Kalau kita masih rasa tak berapa cukup untuk memberi banyak.. Tak mengapa.. 10sen yang ikhlas pun Allah hitung.. Abah azie selalu pesan, sentiasa ingat kesusahan kita, supaya kita tidak leka dengan sedikit kesenangan, tidak mudah mendabik dada & hati sentiasa dekat dengan orang yang susah serta suka membantu. Tak guna jadi orang yang bijak & kaya tapi sombong.. Itu bodoh namanya.
Adusss pedas pesanan abah tapi itulah yang buat kita ingat selalu kan

Semoga kita selalu beringat.. ^_^





NOTA TANGAN : Teringat kata-kata abah, abah tak akan kasi kamu ikan untuk makan.. tapi abah akan kasi kamu mata kail untuk kamu cari ikan





No comments:

Post a Comment