brooch original custom made untuk semua pelanggan


Pernah dengar orang kata, 'pelanggan adalah raja?'

pernah kan. but not me. bagi azie pelanggan bukan raja tetapi pelanggan adalah saudara/sahabat baik! ini kerana pelanggan dan penjual adalah saling memerlukan dan lebih tepat saling menghargai.

Apabila kita meletakkan pandangan bahawa pelanggan adalah saudara/sahabat baik, sudah pasti kita akan memberikan yang terbaik bagi sesuatu produk ataupun perkhidmatan. kita akan lebih ikhlas dan telus melayani pelanggan kerana kita tidak menganggap mereka sebagai raja yang perlu kita takuti dan jadi bebanan.

jika kita menganggap pelanggan yang memerlukan produk/khidmat kita sebagai saudara/sahabat baik, kita dapat memberikan manfaat yang sangat besar untuk mereka, tidak akan ada terdetik di hati untuk menipu pelanggan atau memberikan sesuatu yang buruk kepada pelanggan kerana pelanggan adalah saudara/sahabat kita. mana mungkin seseorang yang waras sanggup atau sampai hati untuk mengkhianati sahabat/saudaranya kan?

Di part pelanggan pula mereka perlu menjadikan kita sebagai rujukan atau pendapat utama jika mereka memerlukan barang/khidmat yang kita tawarkan. ini kerana sebagai peniaga, kita lebih mahir tentang apa keistimewaan produk kita yang perlu kita tonjolkan. jika pelanggan merasakan keikhlasan, kebaikan dan keselesaan dalam setiap layanan dan penghargaan yang kita berikan kepada mereka, maka mereka juga seronok dan gembira untuk mendapatkan produk kita berkali-kali sehingga menjadi pelanggan tetap. dan bonus jika pelanggan tetap kita akan memperkenalkan produk kita kepada orang lain pula! di situ, peluang untuk mengembangkan perniagaan sangat besar! nampak tak wahai peniaga semua? ^_^

hubungan baik dengan pelanggan mampu melonjakkan perniagaan yang dilakukan. inshaAllah! 


What you give, you get back more!  
*ini janji Tuhan! tapi jika apa yang anda berikan, tetapi tidak dihargai, itu namanya ujian untuk kita lebih berusaha dan bersyukur malah untuk lebih berdoa kepada Dia ^_^

azie dah praktikkan ilmu yang ada tersebut dan impaknya, subhanallah sangat memberangsangkan..:) untuk semua pelanggan azie yang dikasihi, selain layanan mesra lagi close daripada azie and team, azie sediakan HADIAH yang mana sesuai untuk semua wanita yang boleh memberikan kebaikan dan kegembiraan kepada penggunanya! sebelum ini azie menyediakan barang kosmetik untuk semua pelanggan kerana wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan kan? maka dengan adanya barang kosmetik ini, ia dapat menggembiarakan para wanita yang memilikinya :) jika anda suka, azie berganda lebih suka :)

ini untuk semua pelanggan sebelum ini! 
 barang kosmetik yang best!


dan terbaharu azie menyediakan HADIAH ISTIMEWA iaitu brooch original custom made from azie fazieda collection! custom made ye uols! khas untuk anda semua! buatan tangan yang datang dari hati yang ikhlas dan suci! hihihi.. senang kan. kalau anda membeli hijab kat azie 10 helai, anda da boleh kumpul 10 biji brooch secara percuma. ini lagi boleh menggandakan kegembiraan anda. ye dak? ^_^

Pemberian gift ini, bukan untuk pelanggan yang terpilih sahaja ya! SEMUA pelanggan yang mendapatkan produk azie even sehelai tudung dan even berapa nilainya, anda layak untuk mendapatkan gift ini secara PERCUMA!

best ke best? hehehe

brooch yang siap dibuat tetapi belum pasang pin anda tag

 Bagaimana nak tahu brooch ini original from azie fazieda collection atau tidak?

ha ini yang istimewa ye kawan-kawan semua, brooch azie fazieda ini mempunyai label tag di belakang brooch.. label tag di gam sekali semasa proses memasang pin.

 nampak tak label tag azie fazieda di situ?

Dan selain layanan yang mesra lagi close, free gift brooch yang comel, malah kami juga menyediakan namecard azie sebagai rujukan dan simpanan para pelanggan ^_^ kami juga akan memberikan semua pelanggan namecard ini ya. moga di suatu hari nanti dengan namecard ini kita boleh bertemu face to face dalam event hijab styling kan? mana tahu. perancangan Allah itu maha hebat! dari hanya berurusan di paparan online, kita dipertemukan dalam satu majlis! indahnya saat itu kan! :)

 
 namecard azie. 
*menerima jemputan sebagai hijab stylist untuk sebarang jemputan

DAN TARAAAA! 
ini siap untuk di masukkan di dalam parcel bagi semua pelanggan yang membuat tempahan. beginilah bentuk dan gayanya ya!moga ia dapat memberi kegembiraan buat semua pelanggan yang dikasihi.
 comel-comel kan? 
ada banyak lagi koleksi brooch yang masih dalam proses pembikinan

 Tidak adil rasanya jika azie memberitahu tentang FREE Gift sahaja tetapi tidak memberitahu cara untuk membuat tempahan produk! ok semua kawan-kawan yang dilkasihi, bagi untuk mendapatkan produk azie fazieda collection, ayuh, cuci - cuci mata anda di www.aziefazieda.com! pilih yang mana berkenan di hati anda dan buat tempahan atau pertanyaan di FB azie atau wassap di 012-6299393

hanya yang terbaik kami kongsikan bersama anda!!!




NOTA TANGAN : saling menghargai, moga banyak lagi perhargaan yang akan hadir!






No comments:

Post a Comment