Jijik sangat ke untuk bersyukur?




[Jijik sangat ke untuk bersyukur?]

Kenapa ramai suka sebut "walaupun belum berjaya"? Apa maksud anda yang anda belum berjaya? Jijik atau hina untuk rasa bersyukur dan menyebut :

"Alhamdulillah saya telah berjaya dari segi xxxxxx dan insha Allah sasaran saya ialah untuk lebih berjaya lagi dari segi xxxxxxx".... Hina ke bersyukur dan meraikan setiap satu proses pencapaian? Adakah maksud kejayaan adalah bila telah capai mencapai jutawan atau billionwan? Bukankah setiap kali kita menghargai setiap satu peningkatan hatta sekecil mana pun tetapi jika kita bersyukur dan menghargai, maka ianya akan menarik lebih banyak kejayaan!! 

Fokus dan sebut apa yang terbaik di dalam hidup anda sekarang nescaya lebih banyak perkara lebih terbaik akan berlaku lagi insha Allah! ‪#‎DAO
 
P/S Saya benci orang yang tidak perasan peningkatan dan gagal mengenalpasti perubahan penambahbaikan pada diri mereka walaupun seinci. Kufur nikmat dan seolah-olah tidak bersyukur dengan setiap nikmatNya setiap saat atau setiap hari.



Astagfirullahaladzim!
sumpah! sangat terasa dengan ayat di atas. tersedak, terkesima, terhantuk dan macam macam terrr lagi la.. adeii tepek kat muka teruih ayat daripada dr azizan osman ni.. seram sejuk rasa apabila dikatakan KUFUR NIKMAT DAN SEOLAH-OLAH TIDAK BERSYUKUR!

ayat biasa yang digunakan, "eh belum berjaya, masih berusaha, ala kejayaan kecik je, bisnes biasa-biasa je" fuh fuh fuh.. inilah ayat azie selama ini! waaaa.. yap azie akui kadang-kadang azie malu mengakui kejayaan itu kerana takut dikatakan riak, bangga diri dan diperlekeh dengan kejayaan itu.. tapi betul para ilmuwan kata, yang penting NIAT! niat untuk bersyukur berbeza dengan niat untuk riak atau bangga diri! Allah maha mengetahui.. tak perlu kisah akan pandangan manusia, tapi raihlah pandangan Allah terhadap kita. itu lebih bermakna dari segalanya.. Allahhh..

apa-apa pun, past is past! lepas ni, sebagai manusia dan peniaga yang berilmu azie akan cuba perbaiki segala kekurangan dan kelemahan ini.. akan sentiasa persematkan hati dan jiwa dengan ilmu-ilmu sebegini.. zahirkan rasa syukur dengan nikmat yang Tuhan anugerahkan walau pun sekecil-kecil nikmat kerana mungkin nikmat yang Allah anugerahkan itu pendorong bagi kejayaan orang lain pula! belajar menghargai nikmat yang dianugerahkan.. InshaAllah.. Moga azie tidak tersasar lagi dari landasan yang maha benar! 

Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita lakukan adalah pilihan kita serta ia menjadi DOA. Kita pilih yang baik-baik dan positif, Insha Allah hasilnya baik dan positif, begitulah sebaliknya. Semoga kita menjadi di kalangan mereka yang istiqomah! 
INGAT TU WAHAI AZIE!!!!

 Alhamdulillah.. rezeki hari ini.. dalam sejarah sales AZIEFAZIEDA COLLECTIONS bernilai 4 angka SEHARI sehingga ketidakcukupan wrapper! ❝Jazakumullahu khairan kathira✿❞






 NOTA TANGAN : Dahagakan ilmu-ilmu perniagaan.. moga perniagaan yang dijalankan diberkati dan berpanjangan ^_^







 

No comments:

Post a Comment