Resipi banana breads puding with custard sos meleleh


Assalamualaikum!
Hai semua! mood dapur berasap sudahpun bermula.. hahaha! dalam kekalutan, kebusyan, kehuruharaan dalam mengejar impian, mood memasak datang secara tetiba! dah mood datang, so layankan aja.. jadi untuk seminggu dua ni dapur cikpuan ajipajidah ni berasap la jugak.. hehehe

then semalam azie ada kongsikan di fb tentang skill memasak BANANA BREADS PUDING WITH CUSTARD SOS MELELEH! hahaha.. ada yang terliur? dah agak dah! takpe takpe.. seperti yang dijanjikan, azie kongsikan di sini resipi mudah, cepat, senang dan terbaikk untuk anda semua. korang juga boleh buat homemade makanan ni ye.. memang sedap giler lelagi makan time sejukk! boleh jamu anak beranak, kengkawan dan jiran-jiran juga ye ^_^ sharing is caring!

ok uols! sedia? amik pen dan kertas hokei.. chef ajipajidah nak stat dah ni.. wakakaka.. haip chef! jangan main-main.. serius ni.. :p


Bahan-bahan :
 bahan A
1) roti
2) Pisang
3) susu segar
4) butter
5) esen vanilla
6) telur
7) kismis
8) Gula

bahan B
1) tepung custard
2) susu cair
3) Gula
4) Air


Step 1 : 
*sediakan bahan-bahan. Roti siap potong, pisang siap hiris


 
 roti azie potong macam ni, buang kerak tepi.. 
boleh buat ikut suka anda okei! ini gaya n cara azie :)


 Pisang azie hiris halus macam ni.. nanti senang nak tabur

 STEP 2 :
 * Susu segar, gula, telur, esen vanilla, butter azie blend dalam blender senang 
sebab kat rumah takde hand mixer tu ^_^

 
 blend kan kejap je. 
agak-agak telur dah kembang dan bahan lain dah mix sume

STEP 3:
*Susunkan breads n banana dalam magic pan secara berlayer

 tangan seni grafik, jadi memang susunan pun cantik teratur.. hahaha

 buat berlayer layer selang seli okei

STEP 4:
*Masukkan bahan yang diblend ke dalam pan. sekarang bahan semua telah sebati dan taburkan kismis doa ye ^_^


 roti yang terendam.. biarkan seketika bagi ia meresap keseluruhan

 lastly, tutup pan dan letak di atas dapur dalam keadaan api 
yang kecil bagi masak keseluruhan hingga ke dalam ye

Tunggu dalam 30 minit

TARRRRAAAA!!!

 Siap di masak, agak moist even dah kena baked!

AZIE lupa nak amik gambar semasa membuat custard sos, but senang sangat-sangat nak buat.. campurkan semua bahan B di atas dan kacau dalam periuk dalam keadaan api yang kecil.. jangan lupa sentiasa kacau sebab takut berketul-ketul tepung tu nanti ye!

DAH SIAP!
masukkan dalam peti dan tunggu sejuk ye.. boleh makan time sejuk.. yummy! memang rasa menusuk jiwa!

MUDAH.SENANG.CEPAT.TERBAIKK!

 Wow.. meleleh leleh.. sedappp uols!

ooppsss! 
lupa nak habaq tentang lebihan roti yang kita dah asingkan tu kan. kerak roti azie panggil. BUANG?? OH NO! tabaik taw.. membazir itu amalan syaitonn yang direjam hokei! so lebihan roti tu kita buat pizza style azie la ek.. hahaha.. pizza la sangattt!

lebihan roti tu azie buat breakfast atau minum petang kebiasaanya! buat kudapan-kudapan santai.. tak makan macam tu je.. kena masak-masak jugak.. cicah dengan sos. berselera en somi makan azie tengok.. gud-gud!

apadia?

ok ini dia! 
JEJARI ROTI TELUR BY AJIPAJIDAH!

 dap-dap!

ha kaw! 2 resipi dalam 1 entry! ni dah terlajak rajin ni.. bukan setakat rajin di dapur malah rajin di keyboard jugak.. anok sapo la ni? muehehehe!

ok guys! selamat mencuba! 

azie nak habaq sikit no.. ini resipi azie usha usha dalam google.. banyak sangat yang azie amik info sebelum azie try it. cara dan gaya memasak, original from azie sendiri ye tuan-tuan dan puan-puan! bahan juga berbeza dari yang lain dan tidak 100% sama sejibik dan sejibon dalam google.. lain orang lain caranya! jangan bandingkan cara dan gaya dengan orang lain.. yang azie rasa selesa untuk azie buat, azie buat untuk diri sendiri dan suami.. bukan untuk orang lain atau bertanding siapa hebat masak k. yang pasti azie juga manusia yang sentiasa baru belajar sesuatu yang baru ^_^ dalam kehidupan, jangan sentiasa kata itu salah, itu tak betul, orang buat macam itu, orang buat macam ini.. manusia kan dicipta berbeza-beza?  *arghhh da stat membebel! kbai! :p







NOTA TANGAN : Memasak pun perlu ada kreativiti okei! yang pasti jangan pernah lelah untuk mencuba!









2 comments:

  1. sy suka benda yg senang2 ni... tapi kalau takde magic pan tu gaknye cane ek? kukus ok ke?

    ReplyDelete
  2. yap.. kukus pn ok gak dear.. atau baked guna oven pun boleh :)

    ReplyDelete