sponser hijab untuk drama jika itu takdirku


eh eh kejap je masa berlalu! hari ni dah hari khamis kan? cite ariana rose last day kan arini? hohoho.. azie actually tak layan pun cerita ni. kebiasaan cerita jam 7petang ni azie kurang layan sikit.. tak tahu kenapa. dah biasa tak bukak tv lepas balik kerja. tapi masa cerita 'playboy itu suami aku' azie follow gak sikit-sikit. ha pelik? boleh la pelik sikit kan walaupun cite tu orang kata tak best, boleh lak azie follow. follow sebab nak kasi sokongan dekat company uols! hahaha

ok actually bukan itu isunya. isu sekarang azie tak sabar nak tunggu next drama slot akasia tu.. ngeee.. kenapa? ala mesti ramai yang dah tahu kan! azie dah pun share kat fb n ig. niat hati taknak share dulu sebab nak suprise bila drama tu stat. nak tengok logo azie fazie collection tu terpampang besar mana kat kredit title.. hihihi.. tapi tapi tapi pelakon utama drama tu dah pun mengupload gambo kat ig. dengan segala rasa bangga campur happy campur teruja, azie pun apa lagi! no suprise suprise la.. heee.. promote kaw kaw punye!

TARRRAAAAA! 
Intan lidyana tu uols!

 1st gambar yg intan upload kat ig

 2nd gambar siap mention nama ig azie. yeah!

and 3rd! ada lagi beberapa keping gambar time intan memakai tudung azie


Drama terbaharu yang bakal menggantikan drama ariana rose ini dan dijangka meletop iaitu bertajuk JIKA ITU TAKDIRKU! ingat! bukan 'andai itu takdirnya' yang novel tu taw. kang silap paham lak macam azie sebelum ni. tersilap ingat adaptasi novel. tapi setelah diingatkan oleh bahagian produksi baru la azie tahu.. hehehe.. fuhhh selamat bukan adaptasi novel! :p pengarah drama ini adalah pengarah yang sama dengan drama hebat love you mr arrogant, diandra, suamiku jururawat *pun azie tak follow sume cite tu tapi tahu semua cite tu femes giler ;)




azie difahamkan dalam cerita ini, intan tidak memakai tudung sepenuhnya. tetapi akan memakai tudung selepas watak dia bertukar menjadi seorang ibu. maksudnya selepas dia berkahwin dan dapat baby, dia baru berhijrah untuk bertudung. jadi untuk perawalan cerita memang takde la keluar tudung azie. dah last-last episod agaknya kan.

Alhamdulillah, ruang dan peluang dalam mengsponser hijab untuk drama semakin luas. yap kadang bukan mudah untuk kita diberi kepercayaan daripada orang lain untuk menggunakan produk kita lebih-lebih lagi untuk production besar macam ni. kebiasaannya mereka akan mendapat sponser daripada butik-butik yang established. tapi alhamdulillah syukur, rezeki Allah. Kita pun tak boleh menolak dan jangka kan? 

pada awalnya azie dioffer untuk mengsponser hijab ni, azie pun tak tahu untuk slot apa, pengarah siapa, tv berapa. cuma yang azie tahu tajuk drama n produksi mana. itu sahaja. itupun azie siap tersalah tajuk lagi. hihihi. mungkin mereka ada mention dalam email yang diberikan. tapi azie tak berapa nak alert sehingga la azie dapat gambar pelakon memakai tudung azie daripada krew produksi. 










 serius! azie suka, azie bangga, azie gembira, azie teruja dengan apa adanya ini! bukan sebab pelakon femes yang pakai tudung azie je. sesiapa yang pakai tudung azie walaupun adik beradik azie sendiri juga azie sangat-sangat happy. inilah yang dikatakan sebagai NIKMAT RASA SEORANG PENIAGA! berniaga bukan pentingkan keuntungan semata-mata. sukar azie nak ungkapkan bagaimana rasa ni. tapi serius, rasa ini menusuk hingga ke ulu hati! nikmat sungguh nikmat! yap ini lebih kepada penghargaan buat diri azie.

sponser tudung untuk drama, untuk event, untuk majlis, untuk pertandingan, untuk photoshoot magazine juga apa-apa sahaja adalah salah satu kemajuan dan peningkatan bagi bisnes azie. walaupun kecik bagi orang lain, tapi ia sangat bermakna bagi diri azie. ini salah satu cara penghargaan untuk produk azie dan membuktikan bahawa kehadiran AZIE FAZIEDA COLLECTION dalam bidang fesyen mendapat tempat di hati ramai orang sehingga memberi kepercayaan untuk menggunakan produk azie dalam event mereka! 
syukur!


"KEPERCAYAAN DI BERI LEBIH BESAR NILAI DARI DUIT YG ADA"


*million thnx to adik anam (krew produksi drama JITK), adik khiwan (staff metrowealth, kawan kpd anam) sebab kasi akak azie peluang berharga ini ya! next time offer lagi taw! bhahaha





NOTA TANGAN : tak sabar menanti lagi 2 drama yang bakal ditayangkan di tv. salah satu drama dibintangi oleh wawa zainal yang memakai tudung azie.. ^_^




No comments:

Post a Comment