video tutorial azie fazieda dalam feminin tv1


Alhamdulillah.. setapak lagi azie maju dalam bidang perniagaan.. tidak sangka sangat apa yang azie lakukan diberi penghargaan sebegini rupa.. tidak terlintas dengan sedikit perkongsian yang mulanya buat ala kadar, dapat permintaan dari stesen tv.. sungguh! 

kalau tahu ada orang nak offer masuk tv, cheq buat hebat-hebat dah video tutorial tu.. hahaha.. but orang kata natural is the best ever! sebabnya kita tak hipokrit, kita tak mengikut orang lain.. kita just to be diri sendiri.. ye dak?

percayalah kalau kita tahu nak masuk tv, sebulan sebelum masuk tv kita dah research tengok orang lain punye video.. ciplak-ciplak sikit tu pasti ada walau sikit kan.. normal tu!

tapi if macam ni, haaaa natural! buat apa yang kita rasa perlu, apa yang kita rasa suka, buat dengan cara tersendiri dan hasilnya terciptalah identiti sendiri.. hehehe

kalau sebelum ni azie tersangatlah terharu bila video tutorial azie kat youtube mencecah ratusan ribu viewers, ada yang puluhan ribu viewers jugak! tapi kali ni terharu dengan offer ni.. rezeki Allah datang tanpa disangka-sangka! subhanallah..

serius masa azie nak decide buat video tutorial ni azie ngan en somi buat on the spot.. lepas shoot gambar terus amik hp shoot video sambil main-main dan sesaja.. GUNA HP YE ADIK KAKOK sekalian.. shoot guna hp azie..

dah siap shoot, then transfer dalam computer.. seterusnya azie n en somi discus nak pilih background muzik apa.. masa tu azie cuma fikir nak orang yang tonton video tutorial azie ni enjoy dan seronok bila tengok video tu.. selain boleh belajar cara pakai tudung step by step, mereka boleh relese tension bila tengok.. sebab tu azie buat video tak bercakap.. taknak nampak messy.. biar tenang dan happy je orang tengok tu :) 

azie percaya jika kita suka dengan sesuatu, kita akan fokus dan ilmu yang nak disampaikan itu cepat dapat.. ye dak? so azie memang niat dan harapkan apa yang azie nak sampaikan dalam video tu sampai terus kepada penonton tanpa perlu penonton memerah otak.. sat g kalau azie letak video bercakap kekadang orang tak dengar, tak jelas sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi penonton.. makanya azie n en somi nak hasilkan video praktikal slow n steady dan letak alunan muzik yang menarik perhatian penonton.. ecececeh!

kebetulan en somi ni memang minat hindustan, makanya azie cakap ok kita letak lagu hindustan.. :)

10kali en somi tanya.. YEEEE KEEEE? serius ke ni? tak menyesal?
confident azie jawab YESSSSS!

dah tengok video tutorial azie di youtube???
BELUM? ish ish ish.. rugi sangat no! 



dan seperti yang telah dioffer, pada video tutorial azie dipilih untuk rancangan FEMININ TV1 jam 9.30

tutorial azie disiarkan 2x iaitu pada hari khamis dan hari isnin minggu berikutnya.. alhamdulillah feedback sangat positif dari kawan-kawan dan pelanggan.

seronok mereka kata tengok azie dalam tv.. yang paling seronok mestila family azie.. dengar cerita mak abah siap tunggu rancangan tu lagi.. alhamdulillah.. 








buka www.youtube.com taip azie fazieda kemudian pilih video yang mana satu anda nak tengok.. selamat menonton!





NOTA TANGAN : tidak minta diharga tapi mereka datang untuk kasi penghargaan















No comments:

Post a Comment