sanah helwah ya bunda



21041963! Sanah helwah bunda!

Tiada madah terindah yg dpt menggambarkan perasaan ini.. ucapan serta doa telah diluahkan directly!

 Di sini adik nak seluruh dunia, setiap makhluk tahu bahawa adiklah manusia paling bertuah memiliki ibu seperti mak..

Dan adik usaha adik cuba utk mak bertuah memiliki anak seperti adik.. aamiin

Setiap detik perjalanan dan langkah perjuangan ini tidak lain tidak bukan hanya untuk mengukir senyuman mak abah di dunia dan bahagia di akhirat.. inshaAllah aamiin

Alhamdulillah

Alhamdulillah!
bezday present for my only super duper mom! ♡

Menyuntik sedikit kegembiraan untuk keramat hidup dengan hasil usaha sendiri adalah nikmat kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata ^_^

Melihat orang tersayang tersenyum gembira adalah salah satu rewards untuk diri sendiri juga ♥

Ini asbab semangat perjuangan ini tidak pernah luntur sama sekali walau 1001 dugaan dan ujian melanda! :) malah dugaan dan ujian itu pemangkin untuk melonjak hati untuk terus kuat.. ^_^

walau harta berjuta tidak mampu membalas jasa kedua orang tua tetapi dengan usaha untuk menyejukkan perut ibu mengandungkan kita, mengeringkan keringat ayah bekerja membiayai kita dan membuat mereka sentiasa tersenyum gembira itu adalah suatu nilai yang dipandang oleh Allah.. inshaAllah 

perkara yang paling diingini oleh ibubapa daripada anaknya adalah melihat kejayaan anak-anak hasil dari didikan mereka! itu sudah sangat cukup buat mereka bukan? berjaya dunia akhirat!

azie selalu sangat tanya mak abah.. mak nak apa? abah nak apa? apa yang boleh azie buat untuk mak abah.. jawapan mereka ialah :

MAK ABAH NAK KAMU JADI ORANG YANG BAIK, ADA TUJUAN HIDUP, TAAT PERINTAH TUHAN DAN DAPAT MEMBERI MANFAAT UNTUK UMMAH! KALAU SAYANG MAK ABAH, BAHAGIAKAN DAN BANTU MAK ABAH KAT DALAM KUBUR.. MACAM MANA NAK BANTU??? INGAT TUHAN SENTIASA! ITU JE YANG MAK ABAH NAK!

ALLAHHHHHHHH!!!!





NOTA TANGAN : selagi hayat dikandung badan akanku perjuangkan senyuman mereka itu






No comments:

Post a Comment