Jemputan ceramah di UMP kali ke 2



Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang dan kepercayaan untuk menimba pengalaman sebagai penceramah bagi pelajar 1st year dalam event TRANSFORMASI MAHASISWI 2.0 di UMP gambang, pahang.. Program ini di bawah anjuran majalah dara.com :)

sangat bertuah dan bersyukur sangat apabila sekali lagi azie dijemput dalam program ini seperti tahun lepas.. masa yang sama, tarikh yang sama, tempat yang sama, program yang sama tapi tahun yang berbeza


cuma pada tahun ini ada kelainan dari segi aturcara program

Jika tahun lepas hanya 2 speaker, tapi pada tahun ini 3 speaker mengikut kepakaran masing masing. Azie dijemput sebagai salah seorang speaker yang mendedahkan kepada pelajar tentang penjagaan rambut dan demo gaya tudung. 

Berbeza dengan tahun lepas, kali ini semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan kecil dan semua penceramah akan bergerak dari station ke station yang disediakan mengikut masa dan tajuk yang diberikan..
 
Kemudian peserta dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil dan diberikan masa mempraktikkan apa yang dipelajari, dan kami sebagai penceramah menjadi juri untuk kesemua peserta.. peserta terbaik yang menepati kriteria penjurian akan bercatwalk di atas pentas yang disediakan dan mendapat hadiah!

sangat menarik! 
kesemua pelajar berpeluang mempraktikkan ilmu yang disampaikan serta merta.. pada penilaian azie, peserta semua bersemangat serta enjoy dengan program seperti ini.. alhamdulillah

syukur atas kepercayaan yang diberikan oleh mereka yang terlibat. ♥

ok boleh layan gambar yang banyak ini ya! ^_^ 

 



Alhamdulillah!
tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan kepuasan hati ini apabila melihat segalanya berjalan dengan lancar, kerjasama dari semua pihak dan yang pasti kata-kata pujian dan terima kasih dari peserta.. moga ianya terus bermanfaat buat semua.. aamiin






NOTA TANGAN : artikel event ini akan dipublish dalam majalah dara.com isu Nov 2015






No comments:

Post a comment