associate trainer SYEDFAIZAL TRAINING & CONSULTANT



Lama azie tangguhkan berkongsi cerita tentang kerjaya baru yang azie ceburi.. masa sangat mencemburi serta idea tidak mahu memberi kerjasama.. hihihi.. 

kerjaya baru?
ye bagi azie baru walau sebenarnye diam tak diam azie dah berkecimpung dalam dunia training ni hampir 4 tahun secara tak langsung.. 

cuma baru baru ini sahaja azie bergerak secara serius dan dapat pertauliahan sebagai seorang trainer image consultant dalam dunia training ni.  

alhamdulillah.. 
betul orang kata, bila bertambahnya ilmu dan apabila kita fokus dengan sesuatu, rezeki itu datang dengan sendirinya tanpa disangka-sangka..  

kali ini azie diberi kepercayaan oleh SYEDFAIZAL TRAINING & CONSULTANT untuk mewakili master trainernya berprogram untuk pelajar KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

pada mulanya azie agak ragu ragu akan pesertanya.. yelakan azie belum pernah memberi ceramah untuk pelajar sekolah.. lagi lagi azie dalam bidang imej.. apalah sangat pelajar sekolah boleh hadam dengan apa yang azie sampaikan apabila tiada kena mengena dengan mereka..

tapi apabila azie telah diyakinkan oleh syed faizal sendiri juga penganjur program tentang objektif utama program tersebut, azie menjadi bersemangat untuk berkongsi

pelajar KOLEJ VOKASIONAL rupanya lebih kepada pelajar berkemahiran yang akan bersaing dalam industri.. mereka dianggap seperti pelajar IPT yang akan terus ke pasaran kerja..

maka pembentukan imej diri adalah sangat perlu dititikberatkan sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan..

alhamdulillah.. program yang pesertanya seramai 250 pelajar itu telah selesai dengan jayanya dan yang paling best azie dapat feedback positif dari penganjur serta cikgu cikgu sekolah tersebut.. syukur!



 








NOTA TANGAN : challenge urself and do the best









No comments:

Post a comment