jemputan ceramah di UITM puncak alam kali ke 2



apabila azie dapat surat jemputan sebagai penceramah di UITM baru baru ini, azie sangat tertarik dengan tajuk program yang diusulkan

Shine your heart,
Design your personality!

simple dan terus melekat dalam jiwa.. semakin bersemangat dan tak sabar untuk azie memberi ceramah.. hihihi.. the power of title orang kata.. Tajuk sangat memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi keseluruhan objektif sesuatu itu.. lihat sahaja tajuk buku, tajuk novel, tajuk akhbar, tajuk filem/drama dan sebagainya. boleh dikatakan tajuk itu seolah olah branding yang mahu kita tonjolkan

ini adalah jemputan kali ketiga daripada UITM.. sebelum ini azie ada kongsikan di sini untuk kali pertama di UITM SHAH ALAM dan kali kedua di UITM PUNCAK ALAM

kali ini jemputan berbeza dari 2 yang sebelumnya.. jika sebelum ini azie lebih fokus memberi ceramah tentang bisnes/bisnes online tapi kali ini tentang imej dan keterampilan.. sesuai dengan kerjaya baru sebagai image consultant.. azie teruja berkongsi dengan pelajar pelajar baru yang sangat mendambakan serta tercari cari identiti sebagai mahasiswa/mahasiswi

program seperti ini sangat penting kerana selain mereka mengetahui personaliti diri masing masing, mereka boleh membentuk imej yang positif dan membina keyakinan yang tinggi dalam apa jua yang mereka lakukan sebagai seorang pelajar universiti.. orang kata melentur buluh biar dari rebung.. freshie sangat sesuai dengan program ini sebelum mereka melangkah lebih jauh.

jati diri yang kuat dan keyakinan yang tinggi membolehkan pelajar bersaing dengan lebih hebat seterusnya menggenggam kecemerlangan akademik.. inshaAllah

 
 
  
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


amazing!
peserta semua cakap mahu lagi dan lagi! mereka mahu azie menambah masa tapi keadaan masa itu tidak mengizinkan di mana mereka sendiri ada class yang perlu dihadiri.. separuh hari tidak mencukupi untuk mereka mengetahui dengan lebih lanjut tentang imej (penampilan, tingkahlaku, komunikasi)

ya! azie dah agak dah! hehehe.. 
jika sebut tentang imej dan keterampilan semua orang suka.. program ini enjoy dan di mana ianya melibatkan diri sendiri yang disebut soft skills.. peserta akan lebih mengenali diri sendiri serta boleh perbaiki kelemahan dan tonjolkan kelebihan dan kekuatan diri..

moga bertemu lagi di lain program.. inshaAllah






NOTA TANGAN : Beauty get the attention, great personality captures the heart




No comments:

Post a comment