Jemputan ceramah di politeknik pagoh


Ini adalah kali kedua azie diberi kepercayaan untuk menjadi pensyarah industri dalam rangkaian IPT POLITEKNIK.. jika sebelum ini azie berceramah di politeknik muadzam shah yang azie pernah ceritakan di sini

dan kali ini di politeknik pagoh tetapi politeknik ini kampus sementara di kuantan pahang, berkongsi dengan polisas kerana kampus di pagoh belum siap pembangunannya. tajuk program ini adalah 'transform yourself, embrace your future'

menarik!

berkomitmen sebagai pensyarah industri untuk 250 orang pelajar di sini menjadikan azie sangat bersemangat kerana mereka sangat sporting! kerjasama dari pihak poli yang sangat mesra dan memberitahu matlamat utama program yang dijalankan sangat membantu dalam ceramah azie.

Masa pengarah ini membuat ucapan, azie tertarik dan terkesan dengan ucapannya iaitu:

'kami sebagai tenaga penggerak/pengajar memberikan ilmu mengikut silibus yang sama untuk semua politeknik seluruh malaysia, tapi apakah yang membezakan pelajar untuk bersaing dalam industri? 

ya! IMEJ yang membezakan pelajar untuk terus bersaing dalam industri. ini kerana imej yang baik melambangkan kebijaksanaan pelajar membawa diri untuk terus mencipta kejayaan!'

Allahu!
Jika semua pengarah, pensyarah mahupun semua orang berfikiran seperti itu, inshaAllah kita boleh melahirkan pelajar yang kebolehsaingan dalam industri seterusnya menambahnilai kehidupan setiap insan.

aamiin

 
 
 
 
 
 

















NOTA TANGAN : transform yourself, embrace your future








No comments:

Post a Comment