Jemputan ceramah untuk Jabatan Veterinar


Alhamdulillah kali ini azie dijemput oleh training provider untuk mengisi slot imej dan ketrampilan dalam kursus setiausaha Jabatan Perkhidmatan Veterinar seluruh Malaysia di Melaka. 

Kursus ini berlangsung selama 4 hari. Azie digandingkan dengan penceramah hebat Tuan Hisham Salleh dalam kursus ini di mana beliau membawa slot komunikasi dan pengurusan stress. Beliau juga adalah pengacara program Selamat Pagi Malaysia di Tv1.

Agak menarik kursus ini, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti outdoor yang sangat energetic dan fun. 

Pada mulanya azie difahamkan slot azie selama sehari suntuk sehingga malam.. tapi dipendekkan sehingga petang sebab malam itu mereka buat acara penutup dan salam perpisahan di mana aktivitinya adalah penyampian hadiah, karaoke dan bbq selepas 4 hari berkampung di pusat latihan tersebut. best! pengalaman baharu bagi azie dalam bidang training ini!

peserta sangat enjoy dan sporting giler! sehingga akhir acara mereka berpelukan dan menangis untuk perpisahan.. ikatan keakraban mereka dalam kursus ini memberi kesan yang mendalam dalam diri masing masing kerana aktiviti aktiviti yang disediakan oleh training povider ini sangat seronok dan memberi manfaat buat semua.

azie yang baharu sehari memberikan ilmu dan bersama mereka pun terkesan dengan keramahan dan kebaikan mereka.. syukur!






































NOTA TANGAN : Memberi dan menimba ilmu









No comments:

Post a comment