Jemputan Hijab stylist di bizChannel@mara



Alhamdulillah baru baru ini azie dijemput oleh wakil usahawan MARA PERAK bagi berkomitmen sebagai hijab stylish untuk slot demonstrasi hijab styling dalam program bizChannel@mara karnival hijrah halal, tambun perak ♥

sekali lagi azie menimba pengalaman membuat talk dan hijab style untuk karnival dan program secara open di khemah. yang menarik slot slot program juga agak best! 

antaranya adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, fashion show, demonstrasi masakan dan sebagainya!

Dalam slot azie kali ini, azie menekankan aspek 3S dalam DIY hijab style iaitu SEMINIT, STYLO & SELESA! 3 aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam penggayaan hijab.. dan juga 7 gaya hijab mengikut hari yang super duper menarik!

Alhamdulillah ia mengujakan para penonton!

bersama orang kuat karnival MARA ini dan owner owner butik slot fashion show





NOTA TANGAN :
minat yang tak pernah hilang








No comments:

Post a comment