Jemputan ceramah SUK Terengganu kali ke2


Alhamdulillah kali kedua azie dijemput oleh SUK Terengganu dalam tahun ini untuk berkomitmen sebagai penceramah bagi kursus IMEJ DAN KETRAMPILAN DIRI ABC.

Kali pertama azie ada kongsikan DI SINI

Jika kursus sebelum ini pesertanya terdiri dari kesemua wanita, tapi kali ini lelaki dan wanita dan pesertanya lebih ramai dari yang pertama.

Kursus ini sepenuhnya dianjurkan oleh SUK Terengganu untuk kakitangan pelbagai jabatan seluruh Terengganu dengan kerjasama SENI IMEJ TRAINING & CONSULTANT ^_^

Alhamdulillah program yang berlangsung selama 3 hari di Primula Beach Hotel mendapat perhatian dari semua peserta apabila selepas program kebanyakkan peserta memberi feedback positif 

 

Alhamdulillah Alhamdulillah!
azie sentiasa ingatkan pada diri bahawa setiap apa shaja yang azie lakukan, setiap apa sahaja kepercayaan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, azie akan lakukan yang terbaik, cuba sehabis daya dan yang penting sentiasa positif dan ikhlas dengan apa sahaja yang kita lakukan. 

Niatkan diri bahawa kehidupan kita adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain. sentiasa berpegang bahawa Allah dan malaikat mengiringi setiap langkah perjalanan kita.

Ucapan terima kasih dari peserta itu adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya.

syukur!








NOTA TANGAN: semakin jelas perjuangan ini





No comments:

Post a Comment