ALLAH bagi idea idea jalan terus


Di saat org keliru dan bising dengan keadaan ekonomi, kami tetap teruskan perjuangan kami mencari rezeki

kenapa kita nak DOWN?
teruskan saja berusaha mencari rezeki, ada ke tak itu urusan ALLAH.. 
jangan kita merungut tentang kehidupan kita dan membandingkan dengan kehidupan orang lain. sebenarya tu yang akan mengdownkan kita..

ALLAH bagi idea idea jalan terus. Allah buka ruang dan peluang, ambil sebagai amanah dan tanggungjawab

Banyak jalan dan banyak cara :
usaha jangan henti,
Doa jangan putus, 
sedekah selalu, 
Berbuat baik,
Bersangka baik.

moga ALLAH terus buka PINTU & JALAN REZEKI untuk kita berkongsi dengan orang sekeliling..

Andai diri kita boleh beri impak dan inspirasi pada org ramai, Insyaallah dan yakinlah pada PEMBERI REZEKI...

rezeki datangnya pada si PEMBERI REZEKI (ALLAH) Kalau Dia kata ya maka ya! Kalau Dia kata tidak, maka tidaklah, walaupun kita bekerja rasa macam separuh mati.

Hidup pulak, jangan selalu salahkan takdir, berusahalah semampu yang boleh, belajarlah bersyukur sentiasa, berkongsilah pada yang tiada jika kita terlebih.

Andai kita tahu VALUE & KEKUATAN diri kita, kenapa nak berlawan dengan orang lain? 

hidup ni jangan ikut org. jangan nak berlawan, jangan nak bersaing. jangan cepat nak mudah mudah me'neraka'kan orang juga jangan terlalu men'syurga'kan orang lain sedangkan neraka dan syurga itu bukan urusan kita!

percaya sahaja rezeki tak pernah salah alamat. 
selalulah ucapkan SYUKUR! berbaik sangka juga jaga hati jaga lidah!

Mungkin kau tak tahu dimana rezekimu,
Tapi rezekimu tahu dimana dirimu,
Dari lautan biru, bumi, langit dan gunung,
Allah memerintahkannya menujumu..

 seperti firman Illahi, 
Man jadda wajada, siapa berusaha pasti berjaya! 








NOTA TANGAN : Sangat berpegang kepada what u give, u get back more!







No comments:

Post a Comment