pucuk di cita ulam mendatang pulak!!


azie pernah cite kat sini yang mana azie akan buat kek batik untuk si teman baik yang da said gud bye untuk kami di opis ni.. ni baru 1st time azie buat kek batik.. orang kata dalam peringkat eksperimen lagi.. azie jamu kawan-kawan kat opis.. suruh dorunk jadi penilai skill masakan azie ni.. hihihi

mula-mula agak diberi dugaan juga masa nak membuat kek ni.. azie cari biskut meri merata tempat tapi tak jumpa.. kat crefour pun masalahnya tak de.. kat kedai-kedai runcit pun da habis.. aikkk!!! time azie nak buat kek batik ni, semua orang nak makan biskut meri ke.. usaha punya usaha.. last-last dapat gak.. itupun biskut meri perisa kopi.. cuma sedikit je ada yang perisa original.. semangat sedikit down.. haih! hantam la labu.. janji biskut meri.. da terniat nak sedekah pasti akan buat jugak walau ada rintangan.. rasa kek da jatuh nombor 2.. yang penting niat.. (>_<)

Alhamdulillah azie dapat feedback yang agak menggembirakan.. tapi tak tahu la pulak kalau itu sekadar mahu menyedapkan hati azie nih.. hohoho.. tak de la.. azie percaya memang sedap pun.. masuk bakul angkat sendiri pun tak pe la..azie ringan je.. hikhikhik.. 

yang paling mengujakan hati azie, kakak ipar azie pun bawak kek batik ni kat tempat kerja dye.. dye jamu juga kawan-kawan tempat kerja makan kek batik homemade azie ni.. ok la kan.. niat untuk sedekah dan merasa dan menguji kebolehan air tangan azie ni.. feedback juga alhamdulillah.. 
dan yang paling mengharukan azie, 2 orang kawan si kakak ipar ni mahu menempah kek batik homemade azie untuk menjamu keluarga mereka pula.. =D
wah!! pucuk di cita ulam mendatang pulak.. tak terfikir boleh buat bisnes.. 
rezeki Tuhan nak bagi, Tuhan buka jalan dan ruang untuk menambah rezeki.. syukur... (^_^)


azie tak pandai potong kek.. herot metot.. hikhikhik

si teman baik posing ngn polistrin je.. hohoho



NOTA TANGAN: ruang dan peluang datang tanpa di duga tanpa, tanpa di rancang.. pokok pangkalnya adalah hati dan niat.. (^_^)




1 comment:

  1. Salam kunjungan... singgah la di blog saya
    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete