senyum dan senyum lagi! (^_^)

salam jumaat penuh barakah!! Alhamdulillah.. 
pagi-pagi lagi azie sudah terima berita yang sangat menggembirakan, mengujakan dan sangat boleh membuatkan  azie tersenyum sepanjang hari, sepanjang masa malah maybe untuk selama-lamanya.. (^_^) 

sangat bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.. (^_^)
ingat pesan mak, mesti mengikut resam padi, semakin berisi semakin tunduk.. insyaAllah.. itu akan sentiasa menjadi pegangan hidup.. =))

dalam tersenyum azie menjalankan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh syarikat, sekali lagi azie dikejutkan dengan hadiah  dari bos.. (^_^) weeehooo.. rezeki again.. orang sebelah jeling-jeling tanda jeles.. hikhikhik..

 tapi itu bukanlah kali pertama atau kedua mahupun ketiga, malah setiap haripun bos akan belanja kami semua.. setiap hari okai!!! tapi rasanya azie tak perlu bercerita tentang bos azie dengan lebih panjang lebar sebab azie akan risau syarikat azie akan dihujani timbunan resume.. =p biarlah hanya kami yang berada di bumbung syarikat ni yang menikmatinya dan jika rezeki korang kat luar sana masuk ke sini, jadilah seorang pekerja yang sangat bertuah! 



NOTA TANGAN: kejap lagi nak gi shopping sakan bersama pemenang bertuah,  RM3,500 untuk dihabiskan dalam 1 masa.. (^_^)






No comments:

Post a Comment