rehat itu nikmat, tapi sibuk itu lebih nikmat.. (^_^)

sejak 2 menjak ni azie agak kelibut sikit.. bz terlampau! 
dalam hidup ni ada satu tahap bila kita relax, relax sesangat.. tapi bila kita bz, bz sesungguh..!

ha sekarang ni azie bz sesungguh-sungguhnya! (>_<)

kesibukan ni azie n en somi yang ciptakan.. tapi kesibukan ni adalah suatu anugerah nikmat yang tidak ternilai dari yang maha pencipta sebenarnya.. kami berusaha tapi Dia yang memberi segalanya.. tak sangka sebenarnya secepat ini Tuhan nak beri nikmat itu.. alhamdulillah.. dan tugasan kami hanyalah menggunakan segala nikmat dan peluang yang telah dianugerahkan oleh-Nya ini dengan sehabis baik.. 

dalam kesibukan azie yang masih lagi baby untuk belajar bersilat digelanggang dapur menyediakan beberapa jenis kek dan kueh mueh, azie dah dapat pelbagai tempahan dari kawan-kawan yang azie rasakan telah memberikan kepercayaan yang cukup tinggi untuk merasai hasil air tangan azie.. sumpah sungguh terharu! so dengan pengetahuan memasak yang agak cetek ni, azie mengeluarkan segala bakat memasak dengan menyediakan tempahan yang terbaik.. alhamdulillah sehingga kini masih tidak putus dengan segala macam tempahan.. (^_^)

baru-baru ni en somi ada memberi pendapat untuk mengambil tempahan sampul duet raya untuk persediaan raya yang bakal menjelang tak lama lagi.. menarik! azie pun apa lagi.. terus promote promote dan promote sehabisnya di fb blog n dll.. azie pernah share kat sini juga.. tapi alangkah terkejutnya azie bila feedback nya sungguh memberangsangkan.. so impaknya, sehingga kini azie menerima hampir 5000 pcs  tempahan sampul duet raya.. itu pun belum lagi job pending dari customer.. (^_^) sehingga memaksa azie dan en somi mengupah pekerja yang boleh membantu kami melicinkan perjalanan perniagaan ini.. 

seperti yang ramai dah tahu, azie seorang penjual tudung sebelum ni.. eh bukan sebelum ni je.. sampai sekarang pun azie masih mengekalkan perniagaan ni.. oleh kerana azie agak sibuk, azie terpaksa hantar stok tudung azie kat kampung untuk market kampung yang sedang banyak permintaan.. alhamdulillah malam tadi mak azie kol suruh restok lagi sebab kesemua tudung yang ada hampir kehabisan.. (^_^) azie terpaksa ketepikan dahulu butik online azie untuk beri laluan kepada bisnes yang baru mahu mencari tapak.. insyaAllah bila kesemua ianya seiring, azie mahu memperluaskan empayar ke peringkat lebih tinggi.. insyaAllah..

dan yang paling azie terharu, lagi terkejut, juga terhappy, dan tersenyum apabila azie dan en somi ditawarkan sebagai salah seorang skuad pusat tusyen..! en somi sebagai freelance designer dan azie sebagai freelance exec promotion pusat tusyen tersebut.. yang paling nak membuat airmata azie mahu menitik adalah azie dan en somi mendapat gaji tetap setiap bulan even kami adalah sekadar freelancer yang hanya membuat tugasan di rumah sahaja..! kalau orang lain hanya 1 gaji tiap bulan tapi azie dan en somi diberi anugerah nikmat double gaji.. syukur yang tidak terhingga.. (>_<)

1st job en somi adalah membuat buku latihan sebanyak 300 pcs, banting dan flyers! azie pula hanya memegang akaun fb, blog, website dan email.. itu sahaja.. tapi ia cukup membuatkan kami bz terlampau! 

tapi sumpah, azie happy dengan segala yang telah diberikan.. kalau orang lain kata, rehat itu nikmat tapi azie tetap akan kata sibuk itu lagi nikmat.. =D




gambar di atas hanya sebahagian tempahan customer, yang sedang dicetak masih ribuan keping.. (^_^) 

itu semua cukup membuatkan azie ngan en somi berlari berkejaran mengejar masa.. serius azie happy giler macam ni..!! biar tiada masa untuk diri sendiri sekali pun janji kami puas dengan setiap detik masa yang dilalui itu adalah sangat berguna.. setiap detik, setiap saat hidup kami ini sangat berkualiti yang mungkin tidak dapat dinikmati dan dirasai oleh orang lain.. 



NOTA TANGAN: syukur dipilih untuk merasai nikmat sibuk.. (^_^)



No comments:

Post a Comment