jangan takut amik risiko..

 azie ada buka rahsia bila stat azie berniaga, cam ne azie boleh terjebak dengan perniagaan dan kenapa azie berniaga dalam entry ni.. happy memang sangat happy berniaga ni taw! kepuasan memang tak boleh nak habaq dengan kata-kata.. :)

cuma apa yang boleh azie kata, kalau korang minat, korang beranilah menjebakkan diri dalam perniagaan.. even hanya sekadar kecil-kecilan dan part time..:) sentiasa berpegang pada pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. kalau nak lebih motivasi.. sikit-sikit, lama-lama jadi gunung everest! =D hohoho

kat sini azie sediakan tips nak mulakan perniagaan bagi sesiapa yang berminat dan tak taw cara dan jalan permulaan untuk menjebakkan diri dalam perniagaan ni.. moga tips ni sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai panduan korang ye.. (^_^)


1. Bina keikhlasan dan akhlak yang mulia dalam diri.

2. Tetapkan matlamat, misi dan visi perniagaan (konsep niat).

3. Utamakan perniagaan yang benar-benar diperlukan oleh pengguna. Jangan sesekali membuatkan orang lain menggunakan barangan/perkhidmatan yang tidak perlu atau terpaksa melakukannya kerana dipujuk oleh anda. Tanamkan konsep ‘menolong sambil menjana untung’.

4. Senaraikan bentuk perniagaan yang ingin diceburi. Kaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi setiap alternatif yang ada.

5. Dapatkan khidmat nasihat serta menimba pengalaman daripada individu yang berjaya, peniaga yang pernah muflis dan syarikat, yayasan atau jabatan kerajaan seperti MARA, FELDA, Kementerian Pertanian, Kementerian Luar Bandar dan Keusahawanan dan sebagainya.

6. Mulakan perniagaan dalam bidang yang anda tahu. Gunakan bakat, minat, ilmu dan kemahiran anda sebaiknya. Luaskan skop ilmu, kemahiran dan horizon pemikiran anda. Amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

7. Jika anda bekerja, jangan berhenti kerja dahulu sebelum perniagaan anda benar-benar kukuh. Bagaimanapun, pastikan perniagaan anda tidak menjejaskan tugas hakiki dan prestasi kerja anda.

gambar hiasan.. (^_^)


azie tak kata azie dah berjaya, 
azie tak kata azie terlalu hebat dalam berniaga, 
azie tak kata azie dah mahir sangat dalam dunia perniagaan.. 

azie juga masih belajar, 
masih banyak perlu diperbaiki,
masih tergapai-gapai mencari,
masih merangkak..

cuma azie ada seciput pengalaman yang ingin dikongsi bersama mereka yang minat berniaga tetapi tidak tahu langkah pertama mahu mulakan perniagaan..



NOTA TANGAN: jangan takut amik risiko sebab semakin besar risiko, semakin besar peluang kita untuk berjaya.. (^_^)

No comments:

Post a Comment