Bau Ketiak Lelaki Penawar Stress


Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. 

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik.

Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.

oleh ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA pada pada 09hb September 2011 pukul 1.26 pagi

hohoho.. ada yang geli ke dengan statement kat atas tu.. itu fakta hokei!! azie pernah juga terbaca tentang khasiat bau ketiak suami kepada isteri.. sama sebijik cam ni.. kebetulan ensaiklopedia petua melayu lama keluarkan fakta ini hari ini.. so azie share kat sini dengan sume yang dah berkahwin.. ditegaskan SUDAH BERKAHWIN SAHAJA!! untuk yang belum berkahwin tu, jangan gatai-gatai nak cium ketiak boypren lak.. hareemmmmm!!! (^_^)

berita baik untuk si lelaki yang bergelar suami.. bagi isteri yang kuat marah dan merajuk tu, peranan si suami adalah peluk isteri dan dakapkan ke dada seterusnye ke ketiak.. pehh romantik gitew! konfem lepas tu si isteri akan reda kemarahannya.. selamat mencuba.. hikhikhik


NOTA TANGAN:  macam-macam penawar.. :)


 

No comments:

Post a Comment