bini-biniku gangster???

 happy sunday u'ols!!

apa planning korang harini.. tengok movie ek? sekarang filem melayu yang agak femes sedang ditayangkan filem bini-biniku gangster..  wekend kali ni azie malas nak tengok movie.. agak kebusyan sket dengan hal-hal rumahtangga dan raya-raya.. (^_^)

 tapi azie dah tengok filem bini-biniku gangster ni.. azie ngn en somi dah tengok hari 1st ditayangkan.. =)) wah semangat tuuuu.. tapi cam biasa la.. tengok movie ni juz nak hilangkan boring dan mengisi masa yang terluang.. bukan sebab tajuk movie tu.. hihihi.. 

so bagi pendapat azie tentang movie ni.. hmmm.. ok la.. dapat jugak menggeletek hati..santai dan ringan.. yang bestnya watak shaheizy sam n yana shamsudin dalam ni sweet sesangat tang panggil-panggil nama tu.. sampai azie n en somi terbawak-bawak alam realiti.. hohoho.. part touching pun best gak.. sedih wooo.. nak menitik jugak airmata kejantanan azie ni.. =p tapi cepat-cepat ditahan supaya en somi tak perasan.. sat g kena gelak je ngan en somi sebab asal cite soh laki kawen lain je mesti sebak.. emo terlebih konon.. (^_^) yola kite kan pompuan n isteri kan.. kan.. kan...

 tapi filem ni rasanya tak sesuai untuk kanak-kanak bawah umo sebab banyak jugak part yang sensored.. so kalau ada yang bermurah hati nak belanja adik-adik tengok filem, make sure bukan ini filem ya.. :)

 Sinopsis Bini Biniku Gangster


Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.


Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.



NOTA TANGAN: kalau yana n sam bercinta betul-betul rasa cam sesuai sangat-sangat.. :)


1 comment: