keajaiban melaksanakan impian.. (^_^)

azie agak kehappyan yang luar biasa sejak 2 menjak ni.. 
Alhamdulillah rezeki sentiasa menyebelahi azie.. syukur yang tidak terhingga kepada maha pencipta.. (^_^) mak selalu pesan, jika kita dapat sesuatu yang bernilai, kita mestilah semakin tunduk kepada Nya.. setiap doa dan impian terlaksana dengan izin Nya.. oleh itu, ikut la resam padi.. semakin berisi semakin tunduk.. InsyaAllah.. 

kehappyan azie bermula dengan kerjaya azie yang selama ini azie perjuangkan.. semakin hari semakin membuahkan hasil apabila usaha dan keringat kita ini dihargai oleh yang tuan tanah.. 

azie actually tak pernah menimba apa-apa pengalaman bekerja selepas graduate 2 tahun lepas selain praktikal di tempat penerbitan buku yang paling berjaya di Malaysia ni.. lepas grad azie terus di offer untuk bekerja di sini.. dengan seciput pengalaman masa praktikal, azie beranikan menyahut cabaran diri untuk bekerja di syarikat penerbitan ini.. dengan segala kudrat yang dipertaruhkan, azie jalani tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaik mungkin.. Alhamdulillah dari hari ke hari usaha semakin membuahkan hasil.. dan yang pasti azie sangat selesa dengan suasana opis dan kerja yang azie lakukan sehingga sebarang offer dari syarikat lain, azie tolak mentah-mentah.. (^_^) kehappyan itu azie pernah cite kat sini

dan akhir-akhir ni, azie rasakan happy bertambah-tambah apabila menerima surat offically untuk kenaikan gaji kali yang ketiga dan pertambahan pelbagai elaun.. Alhamdulillah.. boleh la meringankan bebanan menyara kehidupan yang serba kemodenan di tengah-tengah pusat bandar.. at least orang kata boleh la bernafas sedikit apabila berada di kota metropolitan ini.. =))

dan kehappyan azie bukan setakat itu sahaja.. (^_^) dah lama sebenarnya azie memasang impian dan angan-angan untuk memiliki rumah sendiri.. berbulan lamanya azie belajar proses pembelian rumah, berbulan juga azie mencari rumah murah sekitar kl ni, bertahun juga azie dan en somi memiliki studio sendiri.. sehinggalah azie macam rasa give up untuk memiliki semua tu sebab terlalu lama memendam rasa ingin memiliki.. mahu mencari rumah yang selesa tetapi murah di tengah-tengah kotaraya ni.. sangat susah nak jumpa.. sesangat susah!! 
apabila azie dan en somi dah rasa mahu mengalah untuk memiliki rumah sendiri yang murah dan selesa, kami buat keputusan untuk hanya mahu merealisasikan impian memiliki studio sendiri even terpaksa menyewa! menyewa di tempat yang sangat dekat dengan tempat kerja kami supaya mudah, senang dan jimat untuk memantau perjalanan bisnes studio.. so pencarian rumah sewa murah bermula.. ya! ia juga sama.. sangat susah mahu mencari rumah sewa yang sesuai di tengah bandar.. pencarian mengambil masa berbulan-bulan lamanya.. =((

dan sehinggalah pada suatu hari, azie nampak iklan yang ditampal di depan rumah yang ingin dijual.. DIJUAL okaii.. dengan rasa pengharapan yang sangat tinggi, azie kol si tuan rumah bertanyakan hal itu dan ini tentang rumah tersebut.. tapi agak kecewa juga apabila simpanan kami tidak mencukupi untuk mendepositkan rumah tersebut.. rumah berharga ratusan ribu ringgit..!! masalah lagi.. :(

tapi keajaiban berlaku apabila si tuan rumah seakan-akan memahami situasi kami.. dia mencadangkan agar kami menyewa untuk beberapa bulan dan jika selesa dan sudah cukup wang untuk deposit pembelian rumah, si tuan rumah bersedia menjual kepada kami bila-bila masa sahaja.. masa tu tiada apa yang kami boleh cakap, syukur yang tidak terhingga atas keajaiban ini.. (^_^)

dan alhamdulillah sekali lagi apabila proses pembelian rumah menjadi semakin mudah apabila si tuan rumah telah menyediakan segala apa yang perlu seperti mempunyai anak guaman sendiri.. (^_^)

impian memiliki rumah sendiri dan studio sendiri nampaknya semakin bersinar.. =)).. 

sekarang azie dan en somi sedang sibuk mengecat new baiti jannati dan sedang dalam proses mendeko-deko.. insyaAllah ada masa, ruang dan peluang dapatlah korang jejakkan kaki ke rumah baru azie ya.. :)


semua di bawah ni adalah contoh inspirasi dekorasi yang bakal azie n en somi lakukan.. 




sebenarnya banyak lagi contoh lain.. tapi tak 'merah' pulak.. hihihi.. nape merah??? sebab merah bestttttttttt!!!!!hohoho.. i kan red lady! hah.. (^_^)



NOTA TANGAN: keajaiban akan berlaku apabila kita melakukan segalanya dengan niat yang betul dan istiqamah dalam apa jua keadaan.. :)





No comments:

Post a Comment