harapan setinggi langit..


mood berblogging masih suam-suam kuku.. masih banyak pulak yang menerjah fikiran sehingga rasa terganggu sedikit konsentrasi untuk memanjakan rumah maya azie ni.. maaf deh.. :)

actually azie mahu membuat sedikit transformasi.. transformasi yang sangat berharga buat diri azie.. jadi azie perlukan sedikit masa untuk menggubal segalanya dan perlu membuat perancangan dengan teliti supaya ia kelihatan sangat sempurna di mata sesiapa yang memandang.. insyaAllah..

transformasi tentang apa?? 
biarlah rahsia.. eceh.. hihihi.. 
takdelah.. bukan niat untuk berahsia, cuma azie perlu sedikit ruang untuk azie persembahkan ia suatu hari nanti.. dan harapan yang setinggi langit, transformasi tersebut berjaya hendaknya.. (^_^)

impian demi impian yang azie pertaruhkan dalam hidup ini.. azie akui, hidup tidak selalunya indah.. adakala kebanyakan impian kita terlaksana atas segala usaha yang telah diperjudikan tapi kekadang impian yang tercapai itu tidak seindah yang disangka.. pasti ada cacat cela untuk kita pelajari.. dan pelajaran-pelajaran yang azie timba sebelum ini membuatkan azie masih di sini gagah dan gigih mencari sesuatu yang lebih berharga dan boleh memberi kepuasan maksimum dalam hidup even azie tahu dan azie sangat mengerti, manusia tidak pernah puas dengan apa yang kita ada.. tapi sekurang-kurangnya azie belajar bersyukur dan menghargai atas jerih perih yang telah dikorbankan.. 

yang pasti azie tak pernah kenal apa itu erti putus asa dan takkan pernah berhenti memburu impian.. :)



NOTA TANGAN: selalu bercerita tentang impian sebab impian azie terlalu banyak walaupun destinasinya hanya dengan 1 niat..:)




No comments:

Post a Comment