terima kasih daun keladi.. :))

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA KAWAN-KAWAN AZIE TAK KIRA LA KAWAN DARI KECIK, KAWAN SEKOLAH, KAWAN KERJA ATAU KAWAN MAYA.. DIKESEMPATAN INI AZIE MEMOHON, HALALKAN SEGALA YANG TERLEBIH ATAU TERKURANG DALAM PERSAHABATAN KITA SELAMA INI.. YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLH SWT DAN YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI KELEMAHAN AZIE SENDIRI.. 

0-0 YA! (^_^)

eh-eh baru sekarang nak ucap selamat kan.. sorry ketinggalan sket.. lama betul azie tinggalkan rumah maya ini kosong tanpa sebarang perkhabaran.. last entry bertajuk "1st step persiapan raya.. :)" tetiba entry baru da lepas rye da pun.. hihihi.. ntah bila buat step persiapan raya yang seterusnya pun azie tak berapa nak ingat.. hohoho..

actually azie dah berazam tamo tinggal bersawang rumah maya azie ni.. tapi disebabkan kekangan masa yang sangat menguji kesabaran membuatkan azie terpaksa menganaktirikan rumah maya ni sekejap.. hihihi.. 

masa bulan puasa yang lepas azie tetiba dihujani tempahan sampul duet raya yang terlalu banyak.. sehingga pada 1 tahap azie rasa sangat nak menangis sebab takut tak mampu nak siapkan.. ada juga yang azie tolak permintaan mereka untuk membuat tempahan last minit.. kalau di total secara keseluruhan, azie menerima tempahan sebanyak hampir 10,000 pcs sampul duet raya dan cuba korang bayang, hanya azie dan en somi yang mengusahakan semua itu berdua..!! ditegaskan hokai.. BERDUA!!

so maw nya tak kelibut, maw nya tak cukup tidur, maw nya tak kepenatan, dan maw nya tak terpaksa lupakan hal-hal lain.. bukan azie ngan en somi tamak dan takbur sebab azie menerima banyak order.. tapi secara jujurnya, azie dan en somi hanya ingin merealisasikan impian mereka yang telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami.. lelagi yang membuat tempahan kebanyakan dari syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan dan mahu mempromosikan perniagaan mereka melalui sampul duet raya tersebut.. 

ada juga beberapa syarikat yang azie tolak tempahan mereka, tetapi mereka sanggup bayar tinggi dan mahu mengambil sendiri sampul duet rye yang ditempah hampir 3000 pcs by hand even si owner ni dari terengganu.. haih mana mungkin azie dan en somi sanggup dan sampai hati mengecewakan mereka yang bersungguh mengharapkan kepercayaan service dari kami..:)

so dengan tulang 4 kerat dan sisa kudrat yang ada, azie dan en somi pun berhempas pulas bertungkus lumus menyiapkan semua tempahan sebelum menjelang hari raya.. jika orang lain menjelang raya sibuk menggentel kueh raya, azie dan en somi sibuk melipat sampul duet raya.. hihihihi.. tapi apa-apa pun, semua tentang raya! kira ok la tu kan.. :)




buat semua pelanggan, terima kasih daun keladi diucapkan kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk menyerikan lagi sambutan aidilfitri anda.. moga anda gembira dan berpuas hati dengan service yang diberikan.. apa yang terkurang dan terlebih, harap dimaafkan ya..  (^_^)


NOTA TANGAN: tahun depan azie buka tempahan sampul duet raya 2 bulan sebelum ramadhan.. :)



No comments:

Post a Comment