azie manusia bertuah.. :)


azie sangat-sangat bersyukur dengan apa adanya azie.. sangat bertuah dengan segala yang diaturkan olehNYA dalam perjalanan hidup azie.. sangat berbangga dengan pencapaian rezeki yang selama ini diperjuangkan.. (^_^)

sumpah azie sangat bahagia dan gembira serta bersykur dengan kehidupan azie yang sederhana sekarang!! tapi kenyataan ini bukanlah bermaksud azie dah puas hati dengan segalanya.. cuma ingin menyatakan perancangan Tuhan itu diatur dengan cukup sempurna.. sangat-sangat sempurna sehingga menimbulkan perasaan yang sangat halus iaitu keinsafan yang hakiki.. 


pendidikan

terus terang azie katakan dan azie akui azie seorang yang sangat malas untuk belajar.. tak caya tanya la mak abah azie yang bersusah payah memaksa azie untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pelajaran dalam kehidupan.. tapi jenis manusia kepala batu lagi mempunyai sifat protes dalam diri ni, azie menganggap pelajaran itu enteng.. 

dulu azie pergi sekolah hanya untuk berpoyo-poyo jumpa kawan-kawan sahaja.. seronok pergi sekolah untuk berkawan sahaja.. tentang pelajaran azie tolak tepi.. hanya buka buku untuk ambil peperiksaan sahaja.. itupun mak duduk tepi meja belajar.. kasih seorang ibu yang nak memastikan anaknya belajar dan berjaya.. bila time periksa, boleh la.. belajar last minit.. result tak gempak, tak corot.. sedang-sedang aja.. 

orang yang pelajaran 'sedang-sedang' cam azie ni masih berniat nak sambung belajar ke form 6.. itupun sebab mak abah azie tak kasi berpisah dengan keluarga lagi waktu umur azie 18 tahun.. walaupun azie dapat tawaran politeknik jurusan perakaunan.. kata abah, belum masanya dia melepaskan anak daranya time tu sebab anak daranya ni masih belum matang mengenal dunia.. dengan keterpaksaan azie sarung balik pakai uniform sekolah.. sejarah berulang kembali bila azie masih macam dulu-dulu.. masih giler berkawan.. belajar main-main dan result sedang-sedang aja.. 

tapi entah macam mana kesedaran tentang pelajaran mula timbul bila azie stat mengenal erti cinta.. konon nak belajar sungguh-sungguh demi nak masuk u sama-sama dengan si jantung hati.. tapi orang kata, niat yang tak baik takkan terlaksana.. Tuhan tak restu.. cinta itu kecundang ditengah jalan akhirnya di saat azie sedang berjuang habis-habisan.. bila cinta itu terkubur, makanya cita-cita itu jua terkubur.. dan hampir berbulan lamanya azie tak teruskan pelajaran.. sekali lagi mak abah memainkan peranan.. samada mahu meneruskan pelajaran atau tidak.. tapi azie terfikir kenapa perlu korbankan masa depan demi hal yang teramat bodoh.. sekali lagi azie ditiup semangat berkobar-kobar untuk belajar bersungguh-sungguh.. 
 
dan finally usaha last minit itu berhasil apabila azie menerima tawaran masuk u yang mana azie tak pernah terfikir untuk pergi ke utara untuk menyambung belajar.. oleh kerana selatan ke utara mengambil masa yang terlalu lama perjalanan, hati menjadi tawar apabila memikirkan terpaksa berjauhan dengan keluarga.. azie mati-mati mahu menolak tawaran itu, tapi dan kesekian kalinya kasih mak abah mengiringi perjalanan hidup azie.. demi mereka azie gagahkan juga menarik bagasi ke kaunter pendaftaran.. 

3 tahun berdikari di negeri orang, akhirnya azie menerima segulung ijazah pada waktu yang sepatutnya.. (^_^)

kerjaya

selepas menerima segulung ijazah, tak tahu mana arah yang hendak di tuju.. sebab azie hanya seorang biasa-biasa dalam pelajaran.. result yang sedang-sedang aja yang mahu dijadikan modal untuk mendapatkan pekerjaan.. tapi orang kata kalau dah rezeki tak ke mana.. dan alhamdulillah.. rezeki yang Allah rancangkan untuk azie sangat-sangat sempurna.. 

azie ditawarkan bekerja walhal azie tak pernah memohon bekerja di syarikat penerbitan terkemuka tersebut.. bila ditanya kepada bos, bos hanya menyatakan senior art director tempat azie praktikal masa study dulu telah berikan resume azie kepada beliau.. sungguh itu sangat membuatkan azie rasa mahu menitik airmata.. dan selepas 2 tahun ia berlalu, azie masih di sini sedia berkhidmat untuk syarikat yang azie anggap inilah periuk nasi azie.. yang mana semakin hari semakin azie selesa, bahagia dan sangat menyayangi syarikat ini.. walau banyak lagi pekerjaan yang menggoda tapi biarlah buat masa sekarang azie setia di sini sehingga azie rasakan ia bukan lagi rezeki azie..
percintaan

 azie sebenarnye manusia yang sangat buta hati tentang cinta.. dulu masa zaman sekolah, ada yang menyatakan tentang cinta.. tapi azie on je bila orang minta cinta hati azie sehingga ada yang menuduh azie playgirl la, perampas la, main kayu 3 la.. macam-macam kes... sebab masa tu azie serius buta tentang cinta.. 

orang kata sayang, azie kata sayang.. orang kata suka, azie kata suka.. orang kata cinta, azie pun kata cinta.. walhal azie tak taw apa maksud semua tu.. orang kasi hadiah, azie suka.. orang belanja makan, azie seronok.. sehinggalah azie berjumpa seseorang yang boleh membuatkan hati azie bergetar, jantung bagai nak luruh dan muka merah semacam bila berjumpa.. baru taw itu makna cinta.. tapi tak lama pulak.. tak taw apa sebabnya.. mungkin salah dia tapi ego azie.. 

frust??? memang la frust giler.. kalau tak.. takkan sampai berbulan tak pergi sekolah pulak kan.. then bila azie masuk u, ramai gak kengkawan lelaki.. tapi kepercayaan tu da hilang untuk orang yang bernama lelaki.. kawan boleh.. cinta? owh no.. alergik hokei!! tapi dalam banyak-banyak kawan lelaki azie, azie ada tengok keikhlasan 'seorang' kawan azie ni.. dia macam terlalu ambil berat sesangat.. lain macam punya rasa kat azie.. tapi azie cuba nafikan perasaan tu sebab bagi azie ala biasa la tu.. lelakiiiii... azie takde la terlalu membenci tapi sekadar berhati-hati.. 

lama azie berkawan dengan 'si dia'.. pelbagai ujian, dugaan dan cubaan azie kasi kat dia.. ternyata dia lelaki yang kalis dengan ujian yang diberikan.. lulus la kiranya nak tembus tembok hati azie ni.. dan setelah 4 tahun persahabatan kami, azie dan si dia disatukan dengan ikatan yang sah.. seawal usia kami 24 tahun, kami telah diamanahkan untuk memikul tanggungjawab berumahtangga.. 

perkahwinan

azie manusia pelik.. ya sangat pelik.. pelik bila azie bercinta tapi azie tak pernah terfikir untuk berkahwin.. tak pernah langsung!! azie sememangnya tiada perancangan dalam hidup bila azie nak berkahwin.. azie juga tak pernah meletakkan hala tuju percintaan azie.. tapi orang kata perancangan Tuhan itu maha sempurna.. Allah temukan azie dengan orang yang salah, kemudian Dia berikan azie sedikit rasa kesedaran untuk menghargai seseorang, Dia kemudian temukan azie dengan pelbagai macam lelaki, Dia tunjukkan azie seorang lelaki yang sesuai dengan azie dan akhirnya Dia satukan hati kami dengan ikatan yang sah.. 

azie dan en somi membuat perancangan untuk bertunang apabila kami mendapat pekerjaan yang boleh dikatakan tetap.. pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang kami ada.. alhamdulillah setelah beberapa bulan kami bekerja keputusan untuk bertunang di ambil dengan atas persetujuan kedua keluarga.. tapi dalam tempoh pertunangan, kami diuji apabila keluarga azie mahu perkahwinan kami dipercepatkan dari tempoh setahun lebih pertunangan kepada hanya 8 bulan atas sebab mahu membuat majlis serentak bersama akak azie.. 

azie dan en somi buntu sebab kewangan kami konfem tak kukuh sebab baru sahaja mendapat pekerjaan.. tapi demi pujukan keluarga, kami terpaksa redha dengan apa yang telah diminta oleh keluarga.. tapi kami tidak mengalah.. berazam dan berjanji dalam diri mahu mencari duet dengan hasil titik peluh sendiri.. masa tu azie dan en somi hanya terfikir bisnes jalan terbaik untuk kami mengumpul wang dalam masa terdekat.. tapi sungguh! Allah maha penyayang.. Dia bukakan jalan, Dia turunkan rezeki yang melimpah ruah untuk memudahkan perjalanan kami.. bayangkan, azie dan en somi mengumpul duet lebih kurang belasan ribu dalam masa 5 bulan sahaja.. tapi jangan fikir itu MLM.. minta simpang ok! itu adalah hasil usaha tulang 4 kerat kami..

azie dengan jualan tudung online dan buka gerai di uptown.. en somi dengan  projek design dari kontraktor kerajaan.. masa tu Tuhan sahaja yang tahu bagaimana tunggang terbaliknya kami berusaha.. tapi usaha itu sangat-sangat berbaloi.. tak terucap dengan kata-kata apabila majlis perkahwinan kami sempurna gilang gemilang seperti yang kami impikan dan segala penat lelah kami terbayar pabila terlihat ukiran senyuman mak abah di hari majlis.. puas! 

kekeluargaan dan persahabatan

tentang keluarga apa yang boleh azie cakapkan, ikatan kekeluargaan azie sangat akrab.. tak taw nak ungkapkan dengan cara cam ne sebab bagi azie keluarga azie adalah keluarga yang terbaik.. salah satunya atas faktor, kami diterapkan disiplin dalam diri dari kecik.. dan adik beradik azie semua berjaya menjadi 'orang'.. yang pasti apa yang kami semua miliki kini boleh membuatkan mak abah tersenyum sepanjang hidup.. dan matlamat kami adik beradik cuma satu iaitu kami mahu berjumpa keluarga kami ini di syurga jannah.. 

tentang persahabatan, prinsip azie cuma satu.. azie akan berbaik dan berbakti kepada mereka yang hanya tahu menghargai.. azie ni jenis orang yang mudah mesra dan senang berkawan.. bagi azie biar ramai kawan untuk mengeratkan silaturrahim.. lagipun azie seorang yang becok, jadi kawanlah tempat azie melepaskan kebecokan azie ni.. azie ikhlas berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengenal warna kulit, struktur wajah, latar belakang keluarga, latar belakang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.. selagi kawan itu namanya orang, selagi tu azie akan berkawan.. 

tapi azie juga kadang-kadang tak bodoh menilai manusia,, azie suka berkawan, jadi tak hairanlah kalau azie dah berjumpa pelbagai patern manusia.. ada jenis kawan yang telah meng klasifikasikan azie sebagai 'kawan baik' dia.. its ok.. azie lagi suka kalau orang suka kawan ngan azie.. tapi nampak tak manis dalam persahabatan tu, si kawan ni hanya nampak buruk kita je.. 
contohnya.. mengomen gambar di fb.. 
eh azie kat gigi ko ada cili la.. yarkkssss!!! pengotor la ko ni.. 
tulis bagi satu dunia baca.. 

then.. bila si azie yang mcam tak de perasaan ni komen di status beliau bertanya khabar si 'kawan baik' ni pun memerli..

hye bila nak merasa naik honda civic ko tuh

eh mana ko taw ni.. innocent

ala kalau dah fb 24jam, canang 1 dunia orang asli kedaik pun boleh taw.. tak kuasa nak layan

owh si teman baik.... 

tapi tu orang special case sebab dia 'istimewa'.. budak-budak istimewa kan memang cam tu.. 

tapi azie persetankan je manusia yang macam tu.. sebab bagi azie manusia yang macam tu tak pernah bersyukur dengan apa adanya dia.. baik azie menghargai manusia yang ikhlas berkawan demi Tuhan kan.. sebab azie tahu ramai lagi kawan azie yang benar-benar ikhlas dalam persahabatan.. Tuhan beri kita akal fikiran dan mata hati untuk kita terus menghargai mereka yang sentiasa di sisi.. Dia berikan kita sahabat yang kurang sopan supaya kita lebih menghargai mereka yang boleh dianggap sebagai sahabat.. 


azie bersyukur kerana setiap perjalananan hidup azie sentiasa dipermudahkan olehNYA.. sekali lagi azie cakap, segala yang telah azie kecapi ini, diatur oleh Tuhan dengan cukup sempurna.. walau kehidupan ini cukup sederhana, tapi ia sangat indah bila setiap apa yang dilakukan itu sentiasa dirahmati.. moga azie takkan pernah tersasar dengan landasan yang telah dicipta ini.. aminnn.. 



NOTA TANGAN: seawal umur 25 tahun azie dapat mengerti apa itu kebahagiaan hakiki.. :)




2 comments:

  1. wah..best baca..tahniah azie..bila la nak ketemu ni..rasa macam masa sekolah dulu kita pernah jadi kawan kejap..tp time tu mana ada kenal henpon2 ni kan..pastu rs mcm selancar tu jauh giler jek,tu lost contact terus..haha..

    ReplyDelete
  2. tahniah akak azie . semga terus berjaya dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete