tercapainya cita-cita yang 'satu tu'.. :)

alhamdulillah.. 
seperti yang selalu yang azie cakapkan.. segala perancangan yang telah diaturkan oleh sang pencipta amat-amat sempurna bagi azie.. sekali lagi azie memanjatkan kesyukuran di atas rezeki yang telah diberi.. (^_^)

azie sememangnya pernah bercita-cita untuk menggapai satu impian yang 'satu ni'.. *suprise sket.. al maklum la azie ni memang banyak cita-cita, memang menggunung impian, memang berlambak angan-angan.. azie perlu berusaha keras dengan tulang empat kerat dan mengasah akal yang kecik ni untuk menggenggam segala yang telah diimpikan..(^_^)
tapi sejak azie berkerjaya ni azie rasa azie sememangnya tiada jalan, tiada arah, tiada petunjuk untuk menggapai cita-cita azie yang 'satu ni'.. *suprise lagi.. azie sekadar memendam rasa dan perasaan.. tapi azie takde la rasa terlalu sedih.. bagi azie mungkin belum rezeki ke arah tu.. so relax-relax aja dong.. =p kalau takde rezeki pun azie tak terkilan sangat sebab itu hanya salah satu impian daripada ribuan impian yang azie ada.. lagipun azie bukan dalam bidang tu.. maybe lebih kepada berangan kot.. hihihi

tapi.. tapi.. tapi..... 
azie dah kata, perancangan Allah sangat-sangat sempurna.. =)) 

baru-baru ni azie ada bercerita tentang apa yang azie inginkan tentang impian azie yang 'satu ni' *terpaksa suprise.. bercerita sesaja sebagai rakan blogger.. blogger otai tu noks! saje je la kan.. kongsi pendapat, kongsi cerita, kongsi impian.. tapi orang kata kalau da rezeki kan.. ia hadir tanpa di duga, ia hadir tak kira masa, ia hadir tak kira tempat.. azie diperkenalkan oleh si blogger otai ni dengan kawan dia yang sememangnya berkecimpung dalam kerjaya impian azie tu.. ya Tuhan.. masa tu rasa macam nak menangis je.. bersinar-sinar harapan, impian dan cita-cita.. bukan lagi sekadar angan-angan.. teruja!

itu baru harapan.. dah rasa macam nak menitik air mata.. azie terharu sebab dah ada jalan untuk menggapai impian.. dan tanpa melengahkan masa, azie pun terus menerus bertanya akan 'itu'.. tapi harapan azie musnah, impian terbantut bila dapat keputusan yang negatif dari pihak yang bertanggungjawab.. tapi masa tu azie tak rasa terlalu kecewa sebab azie tahu, azie belum ada pengalaman, belum pernah mencuba.. think positif saje.. rezeki belum menyebelahi azie.. 

tapi.. tapi.. tapi.. 
ternyata rezeki yang telah ditentukan diatur dengan cukup sempurna.. (^_^)

tetiba azie dihubungi oleh pihak yang bertanggungjawab tentang impian azie yang 'satu ni' *maaf suprise.. (^_^) aziee diofferrrrrr!!!! mak aiiii! banyak kali gosok mata, cubit peha bila ada tawaran tu.. sebab takut mimpi lak kan.. hihihi.. tapi alhamdulillah semua tu adalah realiti.. syukur!

mula-mula azie ragu-ragu gak akan kebolehan azie yang mana azie sememangnya tak tahu menahu dalam bidang ni.. takut akan mengspoilkan syarikat orang pulak kan.. tapi bila berkali-kali azie diberi keyakinan oleh pihak yang bertanggungjawab tiupan semangat tu semakin membara.. ditambah pula dengan kesungguhan en somi membantu setiap sudut kekurangan azie.. alhamdulillah ia dipermudahkan.. 



ok.. cukup 2 gambar di atas untuk korang mengagak apa impian azie yang 'satu tu'.. kan? 

tapi tak pe.. kalau korang tak dapat agak, azie akan cerita full version di entry akan datang bila semuanya tentang proses setting menyetting siap dan bila azie dah menjalankan amanah azie secara ofically ya.. (^_^)

opppsss lupa nak cakap.. this is juz my part time job..tapi even part time, azie sangat-sangat suka akan job ni.. sebab ini adalah salah satu impian azie, cita-cita azie.. dan azie akan lakukan yang terbaik.. insyaAllah.. =))




NOTA TANGAN: harap mendapat sokongan penuh dari semua.. =))




No comments:

Post a Comment