macaron in my heart now!


sejak 2 3 menjak ni, azie banyak dengar n cakap-cakap dan buat status fb tentang macaron.. sejenis french cookies.. 1st time dengar terfikir gak, menatang gapo la benda alah yang diberi nama macaron ni.. susah no nak menyebutnya.. =p

jenis manusia yang suka nak nyebok-nyebok dan ada sifat ingin tahu yang membuak-buak, azie pun apa lagi terus gunakan khidmat terbaik incik google untuk membantu jadi agen perisik.. search je nama macaron, terus kuar pelbagai gambar yang membuatkan mata azie menjadi kelabu tak ketahuan hal.. rasa teruja telah bermaharaja lela dalam diri.. 2 3 kali gak menyekat air liur dari jatuh membasahi lappy kesayangan ni.. hohoho.. kecomelan macaron ni terus menambat hati kecil azie.. perrrggghhhhh menggoda tak hengat wa cakap sama lu.. tetiba rasa mengidam anak kembar empat (^_^)



dengan rasa teruja yang teramat, azie pun cari lah si pengusaha macaron dalam fb.. yesss memang ramai yang berkecimpung dalam bisnes macaron ni rupanya.. azie gak la yang ketinggalan zaman.. haih..cari punya cari jadi rambang mata la pulekk.. kalau da banyak pilihan, kita mestilah nak cari yang terbaik dari segi service dan harga.. mahal gak rupanya si french cookies ni.. yola kan makanan omputih.. lagipun awai-awai da describe kan si macaron ni adalah french cookies so mesti la mahal.. ye dak?

kebetulan dan sangat kebetulan sesangat.. ada rakan sekampung en somi add azie dalam fb.. azie pun approved si rakan ni sebab dia rakan en somi.. tanpa disangka-sangka, si rakan ni rupanya adalah pengusaha macaron ni.. haih.. seperti orang lapar dihulurkan ayam kfc..=p.. rezeki anak orang kata.. opsss... anak tekak hokeiiii.. hihihi

then masa azie dan en somi balik ke kelantan raya haji baru ni, azie pun amik peluang keemasan tu untuk merasai macaron yang telah ditempah dengan si rakan en somi.. siap C.O.D lagi taw.. =>

 comel packaging.. macam gift.. :)

warna warni.. yummy-yummy!

 
 anak sedara suka.. sedap katanya.. :)


 azie order sket je dulu sebab 1st time nak rasa kan.. takut kalau order bebanyak, buatnya tekak tak boleh nak terima makanan barat yang satu ni tak ke membazir namanya..

1st rasa, azie macam pelik je.. sebab keras dan terlalu manis.. mungkin tak biasa makan dan tak kena ngan anak tekak azie ni.. so azie tolak tepi.. baru teringat dengan pepatah 'indah rupa dari rasa.'. =)) *pepatah buatan sendiri..

tapi bila tengok sekali lagi, tergoda lagi dan bila azie rasa kali kedua azie da rasa nikmat sebab macaron da lembut sket.. rupanya azie rasa keras tu sebab baru keluar dari freezer.. dan lama kelamaan azie rasa azie dah jatuh cinta dengan macaron ni bila azie makan asyik rasa nak, nak n nak lagi.. hohoho.. even manis sangat tapi inti krim dia buat azie memang macam mengidam sesangat.. memang terbaik!!! serta merta lak macaron ni menjadi makan feveret azie.. hihihi.. sonang yo nak jatuh cinta ni.. lelagi jatuh cinta kat makanan.. (^_^)

bagi mereka yang tak suka manis, mayb macaron ni tak berapa sesuai koit.. lelagi mereka yang ada penyakit kencing manis.. memang tak digalakkan untuk mencuba.. tapi kalau nak try untuk rasa tu boleh la.. tapi jangan sampai memudaratkan diri hokeiii.. :)




NOTA TANGAN: trend makanan sekarang.. eh? makanan pun ada trend???





1 comment:

  1. macaroons ni sangat cantik dan menggoda tapi manis gilaaa! skali skala mkn bole la..mkn pn gigit sikit2 je..huhu

    ReplyDelete