Assalamualaikum! selamat kembali dari bercuti..
macamana percutian korang baru-baru ni? hebat? happy? seronok? biasa je? sedih? atau lain-lain?
bagi azie.. seronok! sebab dapat berkumpul dengan sedara mara.. walaupun opah dan atuk dah takde tapi adik beradik mak sangat bersatu hati berkumpul di rumah opah.. masa dari opah dan atuk azie ada lagi, tiap kali balik kampung azie sangat kagum dengan kemesraan, kebahagiaan kami sedara mara.. alhamdulillah atas kurnian rasa nikmat ini..
azie belum ada feel nak buat kesinambungan untuk cerita bersiri "kisah opah".
inshaAllah dalam masa terdekat azie buat sambungan ya.. mungkin mood dan feel belum bersatu untuk menghasilkan cerita yang sememangnya sangat kuat di memori. tapi cerita ni bukan sebarang cerita tapi cerita inilah yang sangat-sangat mengubah segala hidup dan pemikiran azie dan keluarga.. jadi, pastinya masa yang sesuai amat didambakan dalam menzahirkan cerita berbentuk penulisan.
berbalik pada cuti CNY.. Alhamdulillah kenduri arwah opah yang ke 100 hari telah berlangsung dengan sempurna. semua adik beradik mak balik dan bekerjasama menjayakan majlis tersebut. sepupu-sepupu azie juga ramai yang membantu.. even sepupu, kami sudah seperti macam adik beradik sendiri.. best apabila berkumpul beramai-ramai. inilah nikmat kekeluargaan yang tidak terhingga!
Untuk kenduri 100 hari tersebut, kami hanya menggunakan khidmat catering untuk menu masa majlis kerana jemputannya agak ramai. jadi tiada sangat aktiviti dapur untuk kami sekeluarga. cuma ada sedikit doorgift yang diberikan yang menuntut kami 'merewang'.. itu sahaja.. selebihnya masa memang banyak dihabiskan untuk aktiviti bermesra, bercerita, bergurau senda bersama keluarga.
rewang
doorgift
surah yassin
surah yassin
masa majlis
masa majlis
selepas majlis tersebut berlangsung dengan jayanya, tiba masanya kami semua pulang ke kl. disebabkan cuti masih berbaki, kami semua planning ke icity.. lokasi yang dekat dan best untuk family gathering lelagi untuk melayan budak-budak. dan untuk kesekian kalinya kami pergi untuk berjimba bersama family.. sebenarnya kami juga dah banyak kali ke icity ni tapi icity banyak perubahan dari masa ke semasa.. jadi kami juga sentiasa mahu mengikuti setiap perubahan tersebut. :)
konvoi 6 kereta ke icity.. hamik ko! rombongan cik kiah menyerang icity.. hihihi.. tapi, ya ampunnn!! lautan manusia ada di sana.. sesak, seksa dan sangat merimaskan.. memang luar biasa punya ramai orang.. huhuhu.. macam lebih ramai dari penonton PSY punya konsert.. hohoho..
NOTA TANGAN: happy family at world.. super duper happy!
No comments:
Post a Comment