Assalamualaikum!
Arini stat cuti panjang bagi perayaan CNY kan.. wah jalanraya di seluruh pelusuk semenanjung ni jem giler..macam biasalah kan.. cuti panjang macam ni la nak amik kesempatan balik kampung, adakan majlis, berlibur dan sebagainya..
Untuk azie cuti kali ni, tiada planning untuk berjimba bercekerama seperti biasa.. cuma bersama family mengadakan majlis tahlil arwah opah yang ke 100 hari di kampung azie di sungai besar..
sebenarnya lama dah azie nak berkongsi dengan semua tentang cerita PEMBUNUHAN OPAH (benci dengan perkataan pembunuhan tu, tapi terpaksa guna).. dari hari ke sehari azie amik kekuatan nak berkongsi.. sumpah, sangat susah azie nak bercerita! tapi harini malam ni dan saat ni, tetibe azie ada sedikit kekuatan.. Alhamdulillah..
4 Nov 2012
Adik azie kol jam 5.30 pagi.. azie terus terjaga dari tido sebab ingatkan bunyi alarm.. dengan mamai azie jawab kol dia..
adik: "kak gee, malam tadi ada orang masuk umah opah.. sekarang opah tak sedarkan diri.. kami semua nak gerak balik kampung sekarang.. boleh ke kamu gerak dulu"
azie: "ok boleh tapi tunggu subuh dulu.."
family azie semua menetap di johor, cuma nenek sebelah mak n abah semua tinggal di selangor.. sebenarnya azie memang orang selangor.. mak abah dok kat johor atas sebab kerja.. disebabkan azie dok kat kl, jadi azie memang dekat untuk ke selangor..
lepas dapat panggilan tu, azie terus bangun mandi n tunggu azan subuh untuk solat.. selepas tu azie tetibe terfikir, eh aku ni mimpi ke mamai? hmmm.. azie kol balik adik azie inginkan kepastian..
azie: "na, betul ke ni? cakap betul2 sye nk gerak dah ni"
adik: "betul la kak gee, opah dah xde" *nangis
azie: " innalillah... ok la saya gerak sekarang"
dalam perjalanan tu yang mengambil masa hanya 1jam setengah dirasakan amat-amat lama.. azie berdoa sgt apa yang adik azie sampaikan tu adalah salah paham semata-mata.. azie terfikir apa yang adik azie cakap "ada orang masuk umah opah" terus terang cakap, azie meremang bulu roma bila fikir macam-macam.. nauzubillah... azie terlalu takutt!!! tak tercapai akal fikiran akan sesuatu jadi benda yang buruk! azie cuba tenangkan diri dengan zikir.. ya, hanya zikir buat azie tenang buat masa ni..
sebelum sampai umah opah, dari jauh lagi azie dah nampak kete polis, encik-encik polis yang ramai, sedara mara semua ada kat perkarangan umah opah.. azie menggigil.. azie takut nak pegi dekat.. en somi meyakinkan azie.. azie turun kete terus berlari kat makcik n sepupu.. kami berpelukan.. airmata macam empangan pecah.. sumpah sayu! azie tanya dorang.. mana opah, mana opah, mana opah.. dorang kata opah kat dalam.. tak boleh masuk.. tunggu forensik.. umah opah dah dikelilingi plastik kuning polis menandakan tak boleh masuk. mereka sedang buat siasatan.. tiada siapa yang boleh dekat dengan mayat opah..
azie jumpa adik sepupu.. adik sepupu yang menemani opah tido malam kejadian.. azie tanya dia apa yang berlaku sebenarnya.. adik sepupu azie cerita detik-detik cemas tu.. memang terduduk bila dengar cerita.. YA ALLAH berikan kami kekuatan yang luar biasa.. sungguh kami tak kuat menghadapi semua dugaan yang sangat besar ini!
bersambung........
NOTA TANGAN: buat pertama kali azie buat entry bersiri..
ALFATIHAH buat Allahyarhamah sadariah bt tubasar
Al-Fatihah buat arwah Opah..
ReplyDelete