Kisah bawal azie


Assalamualaikum!

Tudung bawal mempunyai peminatnya tersendiri dan sehingga hari ini walaupun terdapat banyak produk tudung yang pelbagai jenis di pasaran, bagi mereka yang selesa dengan tudung bawal, mereka tidak akan beralih arah. Lelagi sekarang tudung bawal kembali 'in'.. IN dalam erti kata lain sedang hangat dan kembali mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran.. Terlalu banyak bawal yang pelbagai jenis sehinggalah pelbagai fesyen berbawal.. kalau dulu bawal hanya dipakai satu atau dua gaya sahaja, kini macam-macam gaya yang boleh didapati atau dirujuk untuk menjadikan penampilan kita sempurna! 

DENGAN HANYA BERBAWAL JUGA, KITA TIDAK KETINGGALAN MENGIKUTI FESYEN TERKINI!

Bagi azie, permulaan kita berhijab juga adalah dari tudung bawal kebanyakkannya kan? Azie juga begitu.. ingat lagi masa kecik-kecik p mengaji pakai bawal kecik yang ikat belakang tu.. hihihi.. comel je.. pahtu nak lagi glamor, lepas ikat kat belakang, hujung kain bawal tu gulung-gulung dan naikkan atas kepala buat macam skaf.. pehhh memang rasa glamor habiss.. kalau la ada gambar tu boleh share sini tapi nanti azie balik kampung tengok gambar-gambar zaman 90an kot-kot masih ada lagi.. :)

kalau dulu pun p sekolah semua orang berbawal (p kelas tambahan/sukan). pakai bawal dan pin di tengah atau pin di bahu.. itu sahaja gaya masa zaman itu. itupun dah rasa sangat trendy dah tu kalau pin atas kepala sikit.. hahaha.. serius ini pengalaman sendiri.. sekarang azie tengok adik azie p kelas tambahan, mak aiii macam nak p fesyen show selendang lilit-lilit.. heee

Zaman sekolah memang tak pernah kenal tudung lain selain bawal. rasanya selendang takde lagi time tu atau azie yang taktahu bab fesyen ni.. lagipun time tu zaman sekolah kan.. then dok felda.. nak berfesyen pun memang tak guna pun.. time sekolah kalau nk fesyen lelebih pakai duit mak pak.. sian lak dorang nak melayan.. dah la anak pompuan ramai.. heee.. 

tapi kalau bab baju nak p kenduri azie n adik beradik yang lain memang juara la.. sebab mak azie seorang tailor yang menjadikan anak-anak sebagai model untuk menggayakan baju-baju yang mak buat.. hehehe.. kira kami adik beradik perempuan ni dijadikan sebagai try n error fesyen-fesyen baju yang mak cipta.. untung anak perempuan ramai ni mak kata.. hehe.. azie pun suka la kan.. sebab bab melaram memang kasi kat azie.. sampai sekarang kami adik beradik perempuan ni 'giler fesyen'.. ini sume mak punye pasalll! kikiki tapi disebabkan time tu belum ada bab fesyen tudung dan jahit tudung ni.. mak pun tak buat la servis jahit tudung.. ^_^

cite bab tudung bawal ni.. masa mula-mula azie masuk usm pn azie masih berbawal.. tapi berbawal dengan berfesyen sket la.. masa tu dah ada nafsu cari bawal yang mahai-mahai.. bawal no 1 kononnya.. heee.. maklum la ptptn ada.. hahaha.. 

tapi stat sem kedua rasanya azie da pandai berselendang (tahun 2007).. masa tu selendang ni sgt susah nak cari n takde pilihan langsung. memang limited sangat.. kalau tengok orang yg berselendang time tu memang boleh bilang dengan jari.. sungguh memang tak ramai.. azie stat berselendang ni pun sebab pernah kerja part time di shah alam masa cuti sem dan kenal dengan akak sorang ni.. dia yang kenalkan azie tentang selendang.. azie pakai dan beli sebijik selendang macam dia kenalkan tu.. beli banyak terus.. 1 jenis tapi banyak kaler.. ha kau! nak update fesyen la kononnya.. tapi time tu harga selendang RM8 je.. ^_^

Bila dah berselendang tu, nafsu berbawal memang mati terus.. 1st sebab malas nak iron. 2nd sebab tak yah nak jaga sangat bentuk kt depan muka tu then yang 3rd aura pakai selendang ni macam lain sikit.. rasa moden n trendy n orang selalu pandang-pandang.. kikiki

gambar lesen.. sem 2 di usm time ni 


Tak lama lepas azie pandai berselendang tu, makin lama selendang makin diterima masyarakat, makin banyak di pasaran.. makin banyak jenis, makin banyak pilihan.. ah memang heaven sangat time tu.. sehinggalah azie juga terjebak dengan bisnes selendang pada awal-awal selendang sedang IN.. wahh time tu masyukkkk habiss! 

Tapi sejak 2 3 tahun kebelakangan ni, bawal pula semakin mendapat tempat di hati para hijabi.. yes azie paham dunia ni bulat.. mana-mana dan apa-apa pun akan berputar sama juga dengan fesyen.. apabila bawal kembali IN, azie sebagai peniaga tudung pun terjebak dengan trend ni.. jadi sebelum menjual, pastinya azie perlu merasa dulu kualiti kain dan gaya pemakaian yang sesuai.. so nak taknak azie pun sarung kembali bawal yang dah lama azie tinggalkan.. ya ampunnn, aura berbawal kembali menusuk hati.. serius rindu zaman berbawal.. macam rasa muda pulak bila berbawal ni sebab hanya zaman muda-muda je azie berbawal.. heee

kali ini trend bawal sangat meluas.. gaya dan cara pemakaiannya tidak terhad.. pelbagai kreativiti datang apabila tudung diletakkan di atas kepala.. mungkin pengalaman berselendang dan berbawal sebelum ini banyak mengajar azie erti gaya muslimah terkini.. alhamdulillah.. hanya yang terbaik azie kongsikan bersama anda semua!





PROMO PROMO PROMO
hanya untuk 50 pembeli terawal sahaja!


Untuk yang terbaharu, azie siap buat promosi HEBAT buat anda yang hebat sebab masih mengekalkan hijab bawal.. DAN yang pasti, ada sesuatu yang ISTIMEWA buat anda! 2 gaya pemakaian bawal yang sangat mudah dan lain dari yang lain.. walaupun anda berbawal, fesyen anda tidak terhad lagi sekarang.. lagi-lagi untuk mereka yang suka akan tudung labuh.. azie buktikan dengan bawal bidang 45 juga anda boleh tampil seperti bawal bidang 55.. 

nak tahu??? 
tunggu video tutorial cara pemakaian bawal by azie fazieda di youtube sedikit masa lagi!!

sebelum tu jom cuci mata dengan 






NOTA TANGAN : semakin mencintai dunia hijab.. semakin mahu mengexplore dan berkongsi dengan semua hijabi







No comments:

Post a Comment