Jangan hina & kutuk orang yang tidak tutup aurat


Nak tegur orang yang tak bertudung & yang tak tutup aurat ada caranya, jangan malukan mereka depan khalayak ramai. Nabi Muhammad pun menegur dengan cara yang halus & sopan. jadi kita sebagai umatnya kena lah ikut cara2 Nabi yang terpuji.

Kita tak ada hak nak hina mereka & kutuk mereka, kita juga tak terlepas dari dosa.. dulu mungkin kita juga seperti mereka. mungkin kita tutup aurat kita dengan sempurna tapi bab2 lain belum tentu lagi kita sempurna. jadi tegur lah dengan baik, dengan kata2 yang paling lembut & mohon maaf selepas menegur jika itu buat kawan kita tersinggung.

Katakan pada dia, kita menegur kerana sayang & moga dengan sedikit teguran tersebut akan ada perubahan2 kecil yang dapat memudahkan perjalanan kita & kawan kita ke syurga Allah, in syaa Allah.

Tapi jika tiada kekuatan untuk menegur atau takut disalaherti, boleh juga kita tunjukkan hal-hal yang mudah seperti menunjukkan contoh ramai wanita yang bertudung dan menutup aurat itu lebih CANTIK dan ANGGUN. Perkenalkan tudung yang cantik, mudah dah selesa untuk dipakai bagi menarik minat mereka.. Fesyen-fesyen yang trendy khas buat muslimah juga terlalu banyak yang boleh kita kongsikan bersama mereka.. UNLIMITED fesyen sekarang untuk muslimah tampil lebih manis dan sopan. Dengan cara perkongsian itu mungkin sedikit sebanyak dapat membuka hati dan mata mereka untuk mengenali apa itu keistimewaan bertudung..

Azie yakin pastinya ada yang mengatakan jika wanita muslimah terlampau berfesyen ianya dah salah di sisi agama bukan? salah niat itu berdosa. YA! tapi ia adalah LEBIH BAIK untuk permulaan usaha mendidik hati bagi menutup aurat. Bukankah perubahan itu perlu dilakukan sedikit demi sedikit? sekurang- kurangnya mereka cuba bertindak untuk berubah.

Mana tahu mungkin mereka yang mahu bertudung kerana fesyen itu akan lebih istiqomah dalam mendidik hati mengenal agama? DAN semakin hari semakin berubah kerana Allah. wallahualam

Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah.



NOTA TANGAN : The power of sharing





No comments:

Post a Comment