nak kaya? ini rahsianya!


[Salam Jumaat! Penghulu segala Hari]

Hari paling baik utk MEMBERI...


Niatkanlah sumbangan ini, utk KITA bersama-sama menikmati Kejayaan, Kekayaan, Kesihatan, Kebahagiaan dan Keberkatan Hidup berpanjangan yg mendapat Redha ALLAH s.w.t...supaya KITA sama2 memperbaiki diri ketahap Hidup yg Lebih BaiK bersama keluarga, Insan di sekeliling dan ramai Insan di luar sana yg memerlukannya...In Shaa Allah... dengan sumbangan ikhlas ini semoga dibalas dgn ganjaran yg Lebih Besar..


Amin..Ya Robbal Alamin.


 rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.

Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”

Hadis berikut ini menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.


what u give, u get back MORE! 
ini janji Allah..
Jom sama-sama kita amalkan sifat ini dengan istiqomah.. jadikan ia sebahagian dari diri kita.. inshaAllah




 NOTA TANGAN : Jangan tunggu kaya untuk bersedekah, bersedekahlah jika mahu kaya! ^_^




 

No comments:

Post a Comment