new website yang friendly user


Alhamdulillah.. 
Akhirnya OFFICIAL WEBSITE AZIEFAZIEDA COLLECTION telah siap 95%! syukur! Tercapai gak cita-cita yang satu ni pada awal tahun 2014.. ^_^

sebenarnya planning tukar dari blogshop to webshop ni dah lama.. planning lama sangat.. tapi azie baru amik tindakan masa raya haji tahun lepas.. masa tu gigih sangat nak berwebshop.. search search dan search everytime. opkos bila kita da nak sesuatu tu kita kena cari ilmu dulu sebelum buat keputusan. nak yang terbaik, nak yang puas hati.. alang-alang buat orang kata, biarlah buat sungguh-sungguh.. cewahh.. 

setiap hari pun azie search untuk dapatkan pelbagai maklumat tentang website ni.. cari di forum, tanya kawan-kawan, google dan sebagainya.. kumpul pelbagai maklumat dan ilmu tentang website ni moga tak mudah ditipu dan puas hati.. zaman loni bab tipu menipu ni agak berleluasa.. jadi sematkan ilmu di dada dulu sebelum buat keputusan.. ^_^ jika ada ilmu, orang pun susah nak tipu.. ye dak? 

Dan atas pertolongan seorang kawan dalam bidang IT, dia kasi 1 nombor yang dia dapat daripada forum untuk servis membuat website. dan atas kepercayaan pada kawan yang mahir dalam bidang ni, azie terus wassap pada nombor tu.. TAPI, tak dapat respons langsung.. azie tak kisah tu sebab anggap seperti tiada rezeki. then kebetulan misi mencari pun tergendala atas sebab azie agak busy dengan kerja opis.. so impian dan semangat terkubur di situ sahaja.....

DAN, selepas sebulan lebih kejadian mewassap tak direply, tetiba azie dapat wassap daripada si tuan badan yang meminta maaf atas sebab yang tidak dapat dielakkan untuk merespons pertanyaan azie. wahh seperti orang sakit mendapat ubat, azie kembali semangat untuk meneruskan impian berwebsite sendiri.. hihihi

bermula la proses deal mendeal.. setelah mendapat persetujuan harga juga apa yang ditawarkan, azie berpuas hati dengan apa adanya dia. jadi azie terus mahu melantik dia sebagai website creator untuk website azie fazieda collection.. masa ni rasa sangat semangat! impian bakal jadi kenyataan.. :)


 
 ini 1st progress yang dia buat.. template yang azie pilih


 kemudian, selepas template yang dipilih, mula masukkan tema bisnes.. dari segi warna, banner, kedudukan, size gambar dan sebagainya

Tapi setiap apa yang dilakukan dan perjalanan hidup kita ni untuk mengejar impian, pastinya ada UJIAN dan RINTANGAN.. azie juga tidak terlepas dengan ujian dan rintangan semasa membuat website ni.. selepas hampir siap kesemuanya.. dalam 80% progress on, azie tetiba didatangi kebusyan yang melampau.. busy dari segi kerja dan event.. masa tu sedih juga la sebab azie terpaksa hold impian azie ni.. 

actually website ni server dan template azie beli TAPI untuk progress dan update adalah azie sendiri.. contoh macam masuk produk, banner, promosi dan so on, azie yang handle.. bila mana azie takde masa nak menyentuh website ni maka website ni akan tergantung la kan.. so alasan busy tu memang sangat sesuai la jika azie terpaksa hold untuk siapkan lagi 20% tu.. huhuhu


website 80% done tapi berbulan2 cenggini je.. tak boleh nak publish lagi kat orang ramai..

selepas berbulan lamanya, Alhamdulillah, kini azie dapat semula semangat dan ruang untuk meneruskan progress website yang telah lama terbengkalai tu.. hahaha.. syukur atas rasa itu. tanpa membuang masa, azie contact semula website creator untuk menukar logo, update about us, baiki template sikit-sikit, tukar url dan so on.. DAN paling terharu si orang tu sangat-sangat willing membantu dan melayan permintaan azie yang cerewet ni dalam mencari kepuasan hati membuat website.. hahaha.. 

bayangkan kawan-kawan, setelah berbulan-bulan dan actually part dia da siap sepenuhnya, tetiba azie contact semula untuk ubah itu ini.. hahaha.. yang pasti dia sangaaattt BAGUS! Kalau ada bintang untuk beri kepada dia, azie kasi 10 bintang tanpa kompromi.. servis sangat hebat! cayalah.. siap offer azie update the new server yang lebih best! waaaa.. syukur diketemukan dengan orang ni walaupun hanya dalam dunia maya!

DAN, walaupun update new server belum siap dan ada 5% lagi progress di part azie, azie sedia berkongsi dengan anda webshop AZIE FAZIEDA COLLECTION! InshaAllah update dan upgrade akan berjalan dari masa ke semasa.. ^_^



Moga dengan webshop ini pertambahan rezeki bakal melanda kerana ia lebih friendly user dan dapat memudahkan semua si cantik jelita yang bijak membuat pilihan dengan memilih AZIE FAZIEDA COLLECTION dalam dunia hijab anda!

DAN sekarang azie masih berfikir-fikir tentang blogshop azie itu.. mahu ditutup rasa sayang atau mahu dibuka begitu sahaja takut customer keliru.. InshaAllah azie buat keputusan yang terbaik nanti.. Moga boleh memberi kemudahan untuk semua.. :) Jika ada any idea atau komen boleh terus wassap azie di 012-6299393 atau PM sahaja di FB ye :)





NOTA TANGAN : Alhamdulillah telah naik 1 tangga dalam impian hidup dan moga ia memberi manfaat untuk semua!









No comments:

Post a Comment