aiskrim goreng semudah ABC


Siapa pernah makan aiskrim goreng? 
ha, siapa peminat aiskrim goreng, pahni takyah beli kat kedai taw.. mahai.. seketui RM2.50.. buat sendiri je tak sampai 5 minit, siap! bahan pun tak renyah *orang utara kata.. senang giler babas nak buatnya.. everybody can do it ok! hohoho

bagi yang belum pernah makan, jom try buat..try rasa.. memang terbaik! homemade ni lagi best actually sebab boleh buat ikut citarasa kita.


Bahan-bahan:
1) aiskrim
2) Roti
3) cawan/bekas air/cup blender

Cara-caranya:
1) Amik aiskrim pilihan anda (ni best untuk menentukan citarasa kita) azie pilih padle pop yey, padle pop yoo! :p *teringat zaman budak-budak.. padle po batang.. my feveret :)
2) Letakkan sedikit aiskrim di atas sekeping roti 
3) Lapiskan sekeping roti lagi di atas aiskrim tadi
4) Presskan cawan/bekas air/cup blender di atas lapisan roti tadi. press kuat-kuat sehingga tertanggal lebihan roti.

SIAPPP!!!
see? tak sampai 5 minit pun kan..
TAPIII, siap untuk di frozenkan okei.. bukan siap untuk dimakan.. kalau makan macam tu je, tak jadi aiskrim goreng la pulak.. jadi aiskrim roti bulat.. hehehe

buat banyak-banyak then frozenkan dalam masa sehari..


selepas difrozenkan, masa untuk menggoreng! 
nak habaq mai ni! masa nak menggoreng ni makesure minyak betul-betul panas ye kawan-kawan. panas giler-giler hokei! dan biasa azie buat minyak biar banyak bagi terus tenggelam masa roti dimasukkan dalam minyak tu. then main celop-celop je.. amik masa dalam 5- 8 second sahaja ya! nama pun aiskrim.. kalau lama-lama dalam kuali mau cair abis aiskrim tu kan.. lagipun kalau dok lama-lama dalam kuali tu, roti akan meresap minyak dgn banyak. ha kaw, banyak kolestrol la pulak dan cepat muak bila makan.. tak best tak best! so ikut tips chef ajipajidah ini hokei?



Sedap di makan waktu breakfast atau hi tea atau supper.. tapi kalau azie makan anytime je.. sebab sedap sangat! senang pulak tu nak buat.. so kalau rasa je nak makan, terus masuk dapur tak sampai 5 minit. nak hidang tetamu pun best gak. mudah sangat! so tiada sebab korang tak mencuba! 

selamat mencuba!
 eh lupa, dah lepas goreng tu cepat-cepat makan supaya aiskrim tak cair.. but masa gigit tu bab leleh meleleh tu perkara biasa ye.. sedap wooo.. 




NOTA TANGAN : suka benda yang simple but wow!









No comments:

Post a Comment