sweet 28! umo gini pun masih sweet tahu? ^_^


Alhamdulillah.. 
1st mac 2014 genap usia azie 28 tahun.. cepat masa berlalu.. hampir ke 3 series dah.. hihihi..takpe umur sekadar angka! tapi jiwa dan muka macam budak baru lepas abis SPM je.. itu orang kata! bukan azie kata! hahaha.. 

syukur masih diberi kesempatan dan peluang menikmati kehidupan ini.. moga usia yang dilalui selama ini mendapat keredhaan Allah dan amalan serta usaha yang diterima daripada pandangan Dia! moga bertambahnya usia maka bertambah juga kematangan dalam mengharungi kehidupan.. aminn 

Pada tarikh keramat tu jatuh pada hari sabtu, actually en somi tiada di sisi kerana menjalankan tanggungjawab menggalas tugasan yang diberi untuk le tour de langkawi yang sedang berlangsung kini. en somi outstation mengililingi Malaysia selama 10 hari.. hmm ai kena tinggal u! :p 1st time en somi outstation lama macam ni sepanjang kami bersama.. sedih? tak kot! malah bangga sangat bila en somi salah seorang peneraju ltdl yang agak penting. kagum dan gembira dengan usaha dan tanggungjawab dia untuk melaksanakan tugasan dengan sebaiknya. azie sendiri menyaksikan kegigihan dia untuk memberikan yang terbaik dalam ltdl ini. bagaimana dia meeting sana sini, travel, tak tido malam, tak sempat makan, kepenatan dan sebagainya dalam persediaan sebelum ltdl.. jadi keredhaan dan kesenangan hati azie dalam melepaskan dia pergi melunaskan tugasan walaupun pada tarikh keramat iaitu bezday azie bukan satu kesedihan bagi azie kerana berjauhan. ^_^

tapi, Allah maha adil kan? dia berikan kita berjauhan dengan suami, tetapi Dia dekatkan kita dengan family besar azie! ya Allah! sungguh indah percaturanMu! bagai mahu menitik airmata ini. tidak terfikir dan tidak terlintas di hati mendapat kegembiraan yang luar biasa ini.

yelakan, family jauh.. anak perantau la katakan! ^_^ buat pengetahuan semua, mak abah dan adik beradik azie kat johor, tapi kampung rumah nenek sebelah mak dan abah semua di selangor. nak berkumpul reramai tu agak susah sedikit atas kekangan waktu dan faktor kejauhan.. kebiasaanya raya sahaja yang dapat berkumpul reramai, bermesra, berhapy-hapyan :)

alhamdulillah, rezeki kali ini dan pada tarikh keramat itu, azie dapat menyambut bezday dengan semua yang dirindui, disayangi! alhamdulillah.. nenek, makcik, pakcik, sepupu dan anak sedara kebanyakkannya ada depan mata di hari keramat tu.. sebahagian keluarga mak abah yang ada time tu. ya Allah best sangat-sangat! DIA BERIKAN KITA RASA JAUH DENGAN ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI DIA GANTIKAN DENGAN RASA DIKELILINGI OLEH MEREKA YANG DISAYANGI! syukurr ya Allah! indah ya sangat indah!

mak abah dari johor singgah di kl dan terus ke selangor. dan buat pertama kali selepas umur azie meningkat ni memotong kek depan ramai orang.. hahaha.. segan uols! dulu last potong kek depan ramai orang masa kat u dengan kawan-kawan.. hari ini dan usia ini depan family besar.. rasa seronok, happy, terharu, segan, malu semua ada! tapi yang pasti, ini adalah pengalaman dan moment terindah dalam hidup seorang yang bernama azie. seingat azie, azie pernah sambut bezday masa kecik bersama family besar sewaktu usia 8 ke 9 tahun.. masa tu 1 mac jatuh pada raya puasa. masa kecik sambut bezday perkara biasa kan.. bila dah besar dan T.U.A ni lagi lagi lagi rasa tu tak boleh nak cakap la.. terharu dan sangat happy! Alhamdulillah!

kek sangat sedap! kek aiskrim mak beli.. 

masa nak potong, eh nape keras ni? kek ke apa? kena guna pisau pemotong ikan sebab keras.. rupanya dalam dia aiskrim bukan kek.. sedap sangat setanding BR :) mak dan ucu siap sediakan lilin 28 batang.. hahaha.. azie takmo letak lilin.. malu nak tiup-tiup.. hehehe

 
my love, my heart, my soul, my everything! 
super duper best parents in the world!

 3 of 5 siblings! 2 orang lagi, kakak dan adik lelaki.
kakak kerja, adik lelaki ada program u

 sume di atas sebahagian mereka yang meraikan

DAN, tak lupa buat mereka yang wish di FB, wassap, wechat dan mesej. Kawan-kawan yang jauh di mata, dekat di alam maya! bila dilihat di PM FB, ya ampunn, memang terlalu banyakkk wishes yang diterima.. azie tak sempat nak mereply lagi sebab masa di kampung, line internet agak slow sangat. inshaAllah ada masa nanti, azie akan reply 1 by 1.. ^_^

terima kasih sangat-sangat buat mereka yang wish, mereka yang mendoakan segala yang baik-baik untuk azie, mereka yang memanjangkan silaturrahim ini.. azie aminkan doa kalian dan moga Allah angkat terus doa tersebut dan inshaAllah segala kebaikan akan jadi milik anda yang mendoakan itu.. janji Allah, apabila kita berdoa untuk orang lain maka Allah akan beri yang baik-baik untuknya! subhanallah! moga ikatan silaturrahim ini walaupun di alam maya, diberkati dan berpanjangan untuk selamanya! aminn.

ada yang bertanya, kenapa tak boleh nak tulis kat wall FB azie???
jawapannya : azie private wall! . :) bukan sebab bezday.. stat azie buat fb lagi memang azie private wall.. azie lebih senang orang PM atau terus wassap sahaja walau apa jua urusan. alhamdulillah buat masa ni azie senang dengan keadaan macam tu. bila PM, kita lebih fokus dan boleh bersembang 1 to 1 kan. ^_^ 

 Tiada madah terindah yang dapat menggambarkan perasaan ini, cukuplah dengan ucapan, terima kasih Allah, terima kasih mak abah, terima kasih sedara mara, terima kasih sahabat handai, terima kasih atas segalanya! ^_^

masa untuk balik.. 
kejap je dapat bersama semua! inshaAllah panjang umur, murah rezeki, bertemu lagi kita!




 NOTA TANGAN : hadiah istimewa? wait for next entry ya!



 

1 comment:

  1. happy birthday....semuga sentiasa dalam lindungan Allah... apalah gaknye spesel present tu...hhee

    ReplyDelete