berzikir menggunakan tasbih digital


Semakin usia meningkat, semakin rasa mahu menambah dan mempertingkatkan saham akhirat.. Subhanallah.. sumpah rasa ini yang sangat membuatkan azie betul-betul terharu. setiap perbuatan, setiap perlakuan mesti teringat akan mahu berubah ke arah yang lebih baik.. mungkin inilah tiba masa hidayah yang Tuhan turunkan buat insan yang bernama azie. tapi, saya manusia biasa yang perlukan masa dan step untuk terus mencari saham itu.. moga azie terus istiqomah.. aminn

orang kata, perlu ke PERASAAN itu diluahkan di sini? jawapan azie PERLU SANGAT! atas sebab perkongsian.. ya the power of sharing! siapa yang tahu tentang power ini? alhamdulillah.. siapa yang tidak tahu, azie yakin tiba masa nanti korang akan tahu dan akui tentang power ini.. ^_^

Dan salah satu amalan yang azie baru amalkan adalah WAJIB berzikir setiap hari.. bukan sebelum ni tidak pernah berzikir.. tapi agak kurang diamalkan.. pernah lalai dan terleka akan amalan itu.. astagfirullah.. apabila azie disedarkan tentang khasiat berzikir ini, MasyaAllah, Allahh, Subhanallah, Allahuakbar.. indah, maha indah!

Berzikir ialah satu amalan yang disyariatkan dan sangat dituntut dalam Islam. Ia boleh dilakukan dengan hati atau lidah atau yang sebaik-baiknya adalah dengan kedua-duanya. Zikir merupakan tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan jiwa. 

Dan, apabila amalan zikir itu dijadikan sebahagian dan kewajipan dalam hidup kita, azie cuba mencari alat untuk mengira zikir yang telah diamalkan dengan mudah. yang pasti alat tersebut mestilah mesra pengguna dan boleh di bawa ke mana sahaja. alat selain tasbih yang biji2 tu..

Dengan internet, sume pun dapat dengan mudah, azie search dan google tentang tasbih. dan terjumpalah akan TASBIH DIGITAL dan ada yang panggil tasbih cincin. apabila tahu tentang tasbih digital ni, azie mula dapatkannya untuk kegunaan sendiri.



Tetapi apabila menyedari kelebihan dan khasiat zikir ni, tambahan pula tasbih digital yang dimiliki sangat praktikal dan terbaik, azie rasa terpanggil untuk mengetengahkan penjualan tasbih ini untuk orang ramai. dan alhamdulillah Tuhan permudahkan urusan dan niat azie, maka azie pun jumpa dengan pemborong tasbih digital ini. 

Dah jumpa pemborong, bermula la sesi borong memborong.. heee.. 200pcs azie borong uols! selain untuk hadiahkan untuk mak abah, adik beradik, suami dan kawan-kawan, azie juga buat ia sebagai free gift untuk customer azie fazieda collections yang terpilih. moga ia akan memberi manfaat buat semua dan pahala yang berpanjangan buat kita. aminn

Disebabkan azie memborong dengan kuantiti yang banyak, azie jual tasbih digital dengan harga yang murah.. beli 10pcs juga dah dapat harga borong.. boleh dapatkannya untuk kegunaan sendiri atau anda juga mahu memanjangkan pahala dengan bersedekah pada yang tersayang. inshaAllah bermanfaat untuk semua! Pahala akan sentiasa mengalir untuk kita selagi mereka menggunakannya.. inshaAllah

Mari berzikir.. di mana, ke mana atau bila, anda boleh bezikir tanpa had.. TASBIH DIGITAL ini boleh pakai di jari macam cincin.. atau yang selalu drive tu boleh letak kt stereng ok! 



untuk pertanyaan dan tempahan : PM di personal fb atau fanpage atau wassap di 012-6299393


tasbih digital di tangan azie selepas solat







NOTA TANGAN: dalam perniagaan bukan segalanya keuntungan yang utama, lebih kepada membantu untuk manfaat bersama.. moga Allah redha dan bertambah saham akhirat!







1 comment:

  1. Kami juga turut menjual tasbih digital dengan harga yang berpatutan... Untuk maklumat lanjut sila layari : http://hfalmuqit.blogspot.com/2014/06/tasbih-digital.html

    ReplyDelete