shooting safiyya tv9


Alhamdulillah! syukur! 
AZIE FAZIEDA COLLECTION melangkah setapak lagi! 
semalam 17/2/2014 berlangsungnya shooting untuk program tv muslimah popular iaitu SAFIYYA TV9.

ini kali kedua azie berkoloborasi dengan tv9 dalam programnya. sebelum ini untuk program karnival raudhah yang azie pernah ceritakan di sini 
Bersyukur sangat azie dapat ruang dan peluang yang terbentang luas bagi mengembangkan perniagaan azie.. satu persatu impian dan pencapaian bagi azie fazieda collection yang azie target tercapai dengan jayanya! Alhamdulillah.. 
THE POWER OF DOA, THE POWER OF USAHA!

Untuk program safiyya kali ini, azie diberi 1 segmen tentang seorang blogger yang menjalankan bisnes online. ya! azie bermula dengan blogspot untuk mempromosikan produk azie. dan sehingga hari ini walaupun azie ada official website, tetapi azie masih menggunakan blogspot sebagai alternatif lain untuk para pelanggan mendapatkan produk azie.

Shooting berjalan dengan lancar dan yang pasti ianya adalah moment terindah bagi seorang peniaga online yang bernama azie ini. walaupun, pada awalnya azie agak gementar dan rasa ntah pape pape azie cakap semasa diinterview, azie blur dan hilang punca jawapan, tapi ia ditenangkan oleh wartawan yang beritahu azie 'takpe kak, nanti kita edit bagi cantik dan smooth' ^_^

 fuh fuh fuh! moga ianya baik-baik aja dan nampak proper masa tayangan! hahaha 1st time kot nak masuk tv.. rasa darah terus naik ke muka! ngehngehngeh! darah gemuruh azie ni masih menebal dalam diri! tapi takpelah la kan. nama pun 1st time n pengalaman. next time inshaAllah boleh dah improve.. =>

tapi serius, sepanjang shooting berjalan, azie rasa enjoy dan best je dapat bekerjasama dengan orang-orang yang sporting dan baik-baik! tak rasa stress sangat. walaupun rumah azie agak ketidakcukupan ruang. yelakan, rumah plus butik plus studio photoshoot. haaa bayangkan gano rumah tu jadi. heee. tapi dengan keprofesionalan mereka-mereka, alhamdulillah ruang yang terhad pun rasa macam selesa je untuk melunaskan kerja dengan jayanya. 

sebelum berlangsungnya shooting tersebut, itulah yang paling azie risaukan. risau ketidakcukupan ruang bagi mereka-mereka untuk membuat kerja. tapi hebat! sungguh hebat! hebat dengan bantuan yang maha Esa, juga dengan keprofesionalan mereka! maka pengalaman itu sangat berharga buat azie. akan tersemat dalam ingatan dan hati ini. ya! ini bukanlah kemuncak kejayaan, tapi ini adalah permulaan bagi kejayaan seterusnya! aminn

ini lebih memberi semangat untuk azie lebih berusaha untuk mengecapi lebih kejayaan demi kejayaan di atas kepercayaan yang diberikan. inshaAllah! moga Allah redha, moga azie terus berusaha!

waktu tayangan, azie dipahamkan akan ditayangkan pada bulan 3 tapi tarikh masih belum dikonfemkan oleh wartawan tersebut. janjinya azie akan diberitahu akan datang sebelum berlangsung siaran tersebut. nanti seperti biasa, jika azie diinform tentang waktu tayangan, azie akan umumkan di FB ya.

 with profesional model, babyfida! gojes sangat, mekap sendiri tu.. very talented!


 sesi interview!

 krew pasang mic kt tudung

 tunggu krew setting camera

 hijab styling!

 hijab styling!

 hijab styling!


 model posing!

model posing!

 
azie, model n krew! en somi tukang amik gambo!

walaupun azie rasa azie ni bukan siapa-siapa lagi dalam bidang perniagaan ni, tapi azie bersyukur sangat bila dihargai seperti ini. mereka sentiasa beri kepercayaan yang azie boleh pergi jauh dengan beri peluang-peluang yang susah untuk dikecapi sebenarnya! ya azie tahu ini rezeki Allah dan Dia yang melorongkannya. Yang pasti azie ambil ini semua sebagai satu pengalaman yang best dan bermakna dalam hidup! inshaAllah, dengan amanah yang Tuhan berikan, dengan kepercayaan yang mereka bentangkan, azie berjanji dengan sesungguhnya akan buat semampu baik dalam perniagaan ini.. InshaAllah! Aminn





 NOTA TANGAN : jangan lupa tonton ya!



 

No comments:

Post a Comment