tukar nama fanpage yang over limit likers



Pucuk di cita ulam mendatang!
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Nikmat Tuhan mana yang mampu kudustakan!

Seperti yang ramai tahu, nama butik online azie adalah AZIE FAZIEDA COLLECTIONS. tapi pastinya yang baru mengikuti perkembangan butik azie tertanya-tanya kenapa fanpage FB nama FAZIEDASITE?

Actually dulu masa mula-mula azie run bisnes, azie tak tahu nak cari nama untuk bisnes.. sangat tak tahu.. macam-macam nama keluar. itu ini begitu dan begini. puas mencari finally azie dapat nama FAZIEDASITE tu atas sebab nama azie + site (tempat online). masa tu fikir nak meniaga macam-macam bukan sekadar bidang fesyen n tudung sahaja. Jadi nama itu azie rasakan sangat-sangat sesuai dan yang pasti dapat persetujuan my bisnes partner iaitu my lovely husband.. ngehngehngeh *rupanya persetujuan tu atas sebab dia kata dia serahkan 100% keputusan di tangan azie sebab dia tahu azie boleh buat keputusan yang maha bijak dalam urusan tu.. cisss! :p

Dan selama dalam 2 tahun rasanya azie menggunakan nama tersebut. pada mulanya ia sangat berkembang dengan luas. tetapi makin lama semakin ia tidak praktikal kerana nama itu tidak melambangkan bisnes yang azie lakukan. ya semakin lama kita berada dalam bidang bisnes, semakin bertambah ilmu dan pengalaman dari sehari ke sehari untuk memperkukuhkan bisnes kita. dari ilmu dan pengalaman yang diperolehi, azie membuat keputusan untuk menukar nama daripada FAZIEDASITE to AZIE FAZIEDA COLLECTION!

Perasan sayang dan takut customer keliru pastinya perasaan yang paling kuat dalam hati azie masa ingin menukar nama tersebut. serius bukan simply2 azie buat keputusan yang menentukan jatuh bangun perniagaan kita ni. lama juga azie berfikir sehinggalah lesen perniagaan azie mati dan perlu diperbaharui. masa itu, cekalkan hati dan kuatkan semangat untuk mendaftar dengan nama baru. sentiasa sematkan dalam hati, tiada perkataan takut dalam hati seorang bisneswomen dan ingat rezeki Allah maha luas. ^_^

Finally, an official azie guna nama AZIE FAZIEDA COLLECTION dalam pendaftaran SSM dan juga kat blog.. TAPI, kat fanpage tak boleh tukar bila over limit 200 likers.. pehhh masa tu rasa sangat down dan macam tak best la kan.. tak seiring sejalan dengan nama dan tajuk fanpage. but, azie redha je actually..dah bersedia akan ada masalah macam ni bila rebranding kan. yang pasti azie amik langkah melalui URL FB fanpage.. bila taip je www.facebook.com/aziefazieda akan terus ke fanpage even nama fanpage tu faziedasite. di situ sedikit sebanyak dapat merawat hati yang rawan.. ^_^

Tapi sejujurnya, dalam hati kecil azie masih tidak berpuas hati dengan apa adanya fanpage dan nama yang tidak seiring. setiap hari pun azie akn mencuba, mencari, membuat dan menanya kepada si pakar FB, pakar IT dan segala jenis pakar.. rata-rata kata TAK BOLEH TUKAR! pernah azie terfikir untuk buat fanpage baru, tapi ada yang menasihati, TAK PERLU buat yang baru takut tak boleh nak fokus dan handle.. sayang sebab regular customer ramai dalam page tu dan takde efect pape pun kat bisnes dengan tajuk fanpage tu as long as customer kenal kita.. dan azie ikuti nasihat-nasihat mereka yang pakar. mula redha, redha dan redha.. pujuk hati sendiri T______T

but, Allah maha mendengar rintihan hambanya! Dia maha mengetahui apa yang terbuku di hati selama ini! MAN JADDA WAJADA! subhanallah! 

pada suatu hari nan indah, sedang azie facebookwalking azie ternampak my fb friend kata dia boleh tukar nama fanpage yang over limit likers. bagai nak melompat keriangan, azie tanpa bazirkan 1 second pun terus PM dia.. hihihi. Syukur yang tidak terhingga atas pertemuan itu, dengan kepercayaan dan pengharapan yang tinggi terus ambil servis yang ditawarkan. Alhamdulillah.. pertemuan itu sangat indah apabila FANPAGE AZIE TELAH BERTUKAR NAMA! Sungguh, Allah sebaik-baik perancang yang hebat! sungguh, lega dan sangat hapy plus sangat bersemangat.. tiada lagi hati yang rawan, jiwa yang gundah gulana.. senyum dan terus tersenyum ^_^

Siapa yang ada permasalahan seperti azie dan mahu menukar nama fanpage walaupun telah over limit likers, boleh guna perkhidmatan my friend ni ye https://www.facebook.com/EliassAntubiz?fref=ts .. 

*Servis terbaik wa cakap sama lu! ^_^

 my new fanpage's name! comel ke sangat comel? 
siapa yang masih belum like, yok like yok!
AZIE FAZIEDA COLLECTIONS


fanpage lama.. comel gak kan.. hihiih





 NOTA TANGAN : move, move and move! sentiasa inginkan peningkatan dalam apa jua yang dilakukan^_^







2 comments:

  1. Salam Kak aziee.. Dia mintak bayar tak?? Sy pun Nak tukar nama gakk..

    ReplyDelete
  2. mesti la bayar saya pun ada buat www.facebook.com/tukarnamagabungpage

    ReplyDelete